Lama dah aku nampak posting rakan Facebook aku ni. Tertanya kat mana pada awalnya. Bila 3-4 kali gambar dia keluar , aku pun carik balik posting awal awalnya. Dan jumpalah jawapannya. Aduh , takkan kot kat sini ? Huihhh.. cantik giler laaa ! Tergugat wooo bila tengok gambar gambar dia !
Hurmm.... Amacam ? Nak join aku tak ? Hahahaha.. Entah mengapa , aku suka kembara di waktu Autmn. Permandangan dia , Subhanallah ! Daun daun bertukar warna dan kemudian luruh. Fuh , cantiknya memang menghilangkan stress di jiwa ! Huhuh..
Nampaknya plan melancong tahun ni bertukar la jawabnya! Aku perlu usahakan sesuatu ! Hahahaa.. Gatal dah passport aku ni ! Setahun tak keluar dari negara. Oh ya, gambar gambar di bawah ni dari Facebook Husna Shuib yang juga agen travel untuk Travelesscost !
Sejujurnya tak sangka Pakistan secantik ini ! Selama ni dilambakkan dengan isu perang , syiah dan pelbagai lagi menda menda negatif. Rupa-rupanya ada permata yang bersinar, aku tak tau. Korang tau dah kan ? Heheee..
Harga dia ok gak. Ground di bawah RM3K dan untuk tiket penerbangan dia ada dua pilihan. Nak yang gempak atau yang manja manja ? Haaa ! Aku dah dapat lampu hijau sekarang ni. Cuma nak atau tak nak jer ! Hurm...