Jangan berblog untuk hari ini !

by - Sabtu, Mac 06, 2010

Buah tempatan paling mahal dan sedap dimakan ialah buah durian ... Betul ? Makan mmg sedap ...cuba korang tanam ... Mudah ? hehehe...susah beb....nak tunggu pokok durian tu berbuah , bukan sekejap...lamaaaaa....makan bertahun tahun lamanya ...Silap silap pokok tu pokok jantan dik oiii..Berbaloikah ?? Tak pe ..berbaloi atau tidak , itu namanya rezeki...tak semua usaha kita akan menghasilkan kejayaan ... namun , kena tahu jugak .. kegagalan akan menghasilkan kejayaan sekiranya kita bangun semula dengan azam yang lebih tinggi diikuti usaha yang lebih bijak dan teratur !

Ramai aku tengok lebih lebih di GENGBLOGGER.COM ( http://www.gengblogger.com) , blogger yang baru memulakan kerjaya samada sampingan atau full timer agak kecewa dengan 'hasil' yang diperolehi ... samada dari hits dan juga pengiklanan ..

Ermm...cuba tanya pada mereka mereka yang dah lama berblog ... dah berapa lamakah mereka berblog dan apakah yang mereka lakukan untuk menaikkan hits mereka .... Itu perkara asas dalam bidang perniagaan ( itu bagi mereka yang nak 'jual ' blog mereka ) ..

Ini yang aku cuba buat sekarang ..Usaha yang sama aku lakukan dalam bidang ' mencantikkan badan ' ...9 tahun beb ! Ramai budak budak baru dalam gym tu amik jalan mudah ... Gunakan bahan terlarang ! Maka besarlah badan meraka.. Tapi ada kesan sampingan yg memudaratkan kesihatan ..

Begitu juga dalam blogging ni ... biarlah lambat ...perlahan lahan orang kenal blog kita ...makin lama makin berkembang ...makin ramai yang membacanya jika blog kita itu bagus kandungannya..

Letakkan satu sasaran ... bila ?? kalau tak capai , cuba selak balik blog korang tu..apa yang kurang ? Perhatikan blog blog yang berjaya ... bandingkan .. Lakukan perubahan terhadap blog korang tu ... senantiasa dapatkan komen dari pembaca ...InsyaAllah ..

Aku tak kata blog aku dah berjaya...dalam kategori merangkak lagi.. Masa memula aku berblog , dpt 50 pembaca satu hari pun dah bersyukur... ada jugak insan sudi membaca .. pastu aku pk bagaimana nak up lagi ...kat mana aku nak 'iklankan' blog aku ... apakah umpan yang aku nak letak untuk menarik mereka masuk ...semua tu korang kena kreatif memikirkannya ..

Akhir kata sebelum aku nak keluar mencekik , tanya diri sendiri ....apakah motif korang berblog ? jika kerana $$ , letakkan diri korang sebagai seorang jurujual yang mengharapkan komisyen .. gaji takde ! ..camana tu ? haaa..fikir fikirkan yer ..buka mata tengok sekeliling ...kan mat gebu kan ...

You May Also Like

3 comments

  1. Ehem..ehem..patut lah pak tua tersedak2 masa melayan tetamu petang tadi, rupanya ada org sebut..Yeaa betul tu ben, saya dulu2 masa berblog tak sapa tau. Lama ke lama an sorang demi sorang singgah. Dulu kalau kita nak kenalkan blog sendiri,kena lah rajin buat blog walking...tapi satu je yg harus kita pastikan, produk kat blog mesti penuh informasi dan bermanfaat (tapi blog gossip, pun rating dia tinggi juga kan). Pandangan jujur saya lah, Ben ni pun "pakar" dalam menarik pengunjung....

    BalasPadam
  2. WALAAHH...satu pujian tetapi terpaksa merendah diri kerana terasa diri ini masih lagi kerdil dalam bidang ini ..masih memerlukan tunjuk ajar daripada abang abang dan juga akak aka...cewah..heheh ..apa pun tq mat gebu ...saya anggap pujian dari mat gebu sebagai satu peransang untuk saya terus berjuang dalam arena blogging ini ...

    BalasPadam
  3. erk. bahan terlarang?
    protein supplemen bukan bahan terlarang kan? :P

    BalasPadam