Ringkas jek ..

by - Selasa, Mac 16, 2010

Salam .. selamat pagi .... cewah ...lama tak bagi salam kat korang ek .. ok la ..tu jer .. aku tamo bebel ari ni.. nak duduk diam jer..sambil membaca bebelan korang lak..hehehe...

Mana boleehhh... nak bebel gak ..hahaha ...ok..ada satu isu yang aku nak bangkitkan disini... Iaitu Tanggungjawab dan Amanah terhadap Perkerjaan ..

Aku rasa semua orang tau bahawa tujuan kita bekerja adalah untuk mencari rezeki halal ..Ye kan ? Haa... setiap bulan dapat laa gaji setelah penat bekerja ( penatkah ? ) ..Bagi yang buat bisnis pun , penat gak kan... tak de la duduk tidur atau online FB dapat duit je kan .. tetap kena g pejabat atau kedai tak pun kena bukak internet dan duduk ngadap berjam lamanya sambil mempromosi perniagaan korang tu kan.. Penat gak kan ? Bila dapat imbuhan , syukur...

Dan aku rasa ramai tau kan bahawa di akhirat nanti kita akan ditanyaberkaitan amanah ini ... maka siaplah sedialah dengan hukuman jika kita tidak mengerjakan amanah ini ..

Apa yang membuatkan aku terkilan , ada segelintir manusia yang memandang remeh tentang amanah ini.. Mereka merasakan bahawa mereka akan masuk ke syurga tanpa disoal agaknya ?
Bayangkan jika kawan sepejabat anda diamanahkan satu tanggungjawab yang penting dan bila tiba masanya, dia tidak hadir tanpa memberitahu .. Malah jika dihubungi pun tidak berjawab... Camana tu ? Bila datang ke pejabat , buat biasa je ..seolah tiada apa apa yang berlaku ...

Inilah antara contoh yang biasa boleh di dapati di mana mana organisasi Malaysia sekarang ..Di dunia , aku tak tau la lebih lebih lagi sektor awam ...Kalau sektor swasta , sah sah kena buang kerja dah kan ? Kelebihan sektor awam ni la dia ... susah nak dibuang kerja jika sudah tetap ..

Berapa ramai penjawat awam di luar sana sering kali mencuri tulang lebih lebih lagi mengunakan alasan mesyuarat , kursus dsbnya ... Ermm... yang bagusnya , siap boleh pergi main golf ! Wow weee....

Ingatlah...bersyukurlah ..berapa ramai terkial kial mencari kerja sedangkan yang dah ada pekerjaan ini , memandang remeh ... tidak mengambil berat langsung terhadap amanah yang diberikan ... Jika tidak berminat , berhenti ! Kasi je pada yang berminat ... mudah je ... buat bisnis jual tudung kat internet...ari ari boleh bersantai kat kedai mamak sambil online internet....

Pergh..ringkas tuu..hahahaha...ok ..tu jer... daaaa..

You May Also Like

2 comments

  1. kpd yg suka bekerja sambil lewa dan selalu ponteng tu...ingatlah,rezeki yg diperolehi itu akan disuap ke mulut anak dan isteri anda...

    BalasPadam
  2. dan juga waktu kerja teyapi berblog sakan..huk

    BalasPadam