Syukur kerana kita rakyat Malaysia !

by - Selasa, Mac 16, 2010


Alhamdulillah ... bersyukur aku kepada Allah kerana aku dilahirkan di Malaysia dan menjadi anak jati Malaysia ! Tak kira la mana pun asal usul nenek moyang aku tapi yang pasti aku anak Malaysia ...

Aku baru habis bermesyuarat dengan beberapa agensi kerajaan mahupun swasta berkaitan pelancongan .. Aku sekadar duduk tepi jer.... kira tumpang sekaki tapi tu tak penting.. Yang penting adalah isunya ! .

Antara isunya ialah betapa Malaysia ini menjadi destinasi yang menarik untuk mereka kunjungi kerana kestabilan ekonomi ,cuaca , keindahan alam dan yang paling penting ialah majoriti rakyat Malaysia boleh bercakap English ! Namun begitu kes kes jenayah yang tinggi sedikit sebanyak mencacatkan rekod ini tetapi pihak berkuasa sedang membanteras habis habisan .. Satu pujian buat mereka ..

Yang aku terkejut ialah bila diberitahu , Pulau Pinang lebih menarik dari Hawaii ! Wow..cam tak percaya jer .. Yelah bagi kita , rakyat Malaysia , Pulau Pinang tu takde apa apa pun yang menarik sbbnya kita dah selalu pergi ... Tetapi bagi mereka yang mengemari cuaca panas , Pulau Pinang mmg destinasinya .. Di sana , segalanya ada .. Aku rasa mmg di Pulau Pinang , pelancong asing dilayan dengan baik sekali ..

Aku tau ada yang menafikannya. Terbalikkan keadaan .. kita yang dah jemu dengan cuaca panas , teringin benar nak merasa kesejukkan di negara Barat lak...Teringin nak bermain dengan salji tetapi mereka pula kalau boleh nak melarikan diri dari sana ..Sama je sebenarnya cuma !!! Negara kita ini terselamat dari bencana alam berbanding mereka ....Gempa bumi , puting beliung , kepanasan yang terlampau lampau dan banyak lagi ..

Satu lagi ... Melaka..dikenali sebagai Bandar Hujung Minggu ...pelancong dalam dan luar negeri gemar ke sana pada hujung minggu untuk beriadah samada bermain golf atau berjalan jalan ...Sebab senantiasa panas kot ?

Dan banyak lagi contoh yang menarik diberikan seperti di Langkawi , Sabah dan Sarawak .. Aku tak nafikan negara kita ini terlalu indah berbanding negara luar walaupun aku tak pernah sampai lagi ke sana tetapi aku belum lagi teringin nak ke luar selagi aku tak abiskan dalam Malaysia ini ..

Tahukah anda berapa ramai rakyat Malaysia yang ingin memohon semula kerakyatan Malaysia ? Tu laa ..dulu gatal nak duduk luar negara.. Glamour konon ..Malaysia tak best .. Sekarang ? Gatal nak mintak balik ... bukan mudah nak dapat setelah diserahkan kewarganegaraan !

Nasihat : Jgn sesekali serahkan kewarganegaraan Malaysia !! Beratur warga asing nak masuk n 'mati' di sini !!!

You May Also Like

2 comments

  1. Yeaa betul....Melaka feberet saya, terutama jonker street, tapi mmg betul apa Ben kata, untung jadi rakyat Malaysia ni, tak de seko pun yg mati kebulur, rajin kerja, duit pasti tak de masalah...

    BalasPadam
  2. SalaAm..

    Jom, Ben.. Raya nanti nis nak balik Sarawak.. Dah lama tak balik sana. 5 tahun.. Dengarnya dah banyak yang berubah..

    Tapi ada orang yang tak tahu Sarawak sebahagian dari Malaysia. Sedih betullah. Tak patut jadi warganegara kut orang macam ni..

    BalasPadam