Makan Pagi yang ditaja ...

by - Jumaat, Mac 26, 2010

Hehe..walaupun dah masuk tengahari tapi perut ku masih kekenyangan .. Terima kasih kepada Cik Hanim ( MM2H ) kerana sudi mengeluarkan sejumlah wang untuk belanja rakan rakan lain .. hehehe... Apa niatnya , kita sama sama doakan agar di terima Allah ..Gambar ada tapi tak leh nak tranfer sebab kabel tertinggal kat umah .. hehe..malam karang la ek aku upload ... harap coverage biru putih ok la.. kalau tak ok , aku terjun dari luar tingkap umah aku ...rendah je..hehe

Aku ada lagi 10 minit nak membebel sebelum nak g solat ... Nak kena redah budak budak sekolah kat bawah tu nanti .. Yelah kan , PESTA BUKU tak abis lagi ... time ni lagi la ramai orang berpusu pusu ... Selain PESTA BUKU , PERSIDANGAN UMNO jugak boleh membuatkan PWTC sesak seperti ada jualan murah yang sebenar benar murah ... haa... bayangkan kesesakkan yang aku hadapi setiap kali nak kuar lunch atau nak balik umah .. Esok lusa lagi la ramai.. aku pun plan nak g esok.. hehehe..

Plan hujung minggu ni .. ermmm..ermm..ikutkan ada banyak majlis kenduri kawin , tapi tak tau lagi nak g ke tak sbb majlis tu pun lebih pada jemputan ahli keluarga .. bukan kawan kawan yang kawin .. Aku rasa org tua aku pun tk g memandangkan mak aku tak larat nak berjalan sebab kakinya sakit ... Ermmm...sian dia... aku suh p urut , dia tamo ..takut sakit katanya..tak tahan ... Haih..aku nak urut pun dia takmo...nak makan ubat jer ... Sakit kat ibu jari..bengkak la gak ...sian ... jauh sekali ajak g hospital .... lagi la tamo ..

Bapak aku lak , skang ni tak lalu sangat nak makan nasi .. Tengah malam tadi pun dia teringin nak makan roti canai telur.. Aku keluar jalan kaki la ke kedai mamak membeli roti canai .. Aku pun join sekali la.. heheh..beli sekeping ..lama dah tak makan roti telur .. Baru la ada selera bapak aku makan ... Ermm ...

Ok la..aku nak g masjid ... jumpa lagi nanti... samada malam atau tengah malam.. hehe.sama jee... insyaAllah ..

You May Also Like

1 comments

  1. award untuk awak atas layout awak yang cntik..amik disini yea

    http://msueroomz.blogspot.com/2010/03/second-time-dapat.html

    BalasPadam