Tun Mahathir : Tetap idolaku sampai bila bila ..

by - Sabtu, Mac 27, 2010

Dalam dok pusing pi mai pi mai nak cari cerita best , last last terbukak channel 555 , HISTORY .. hehehe..EH EH gak kan .. tv tetap tengok ...bukan tak sokong , tapi tamo la malam minggu aku rugi gitu je...sejam pun bermakna bagi aku ! Sejam boleh buat 4 entri wooo... bukan free sejam tu ..

Apa yang bestnya kat channel tu ? kebetulan HISTORY sedang menayangkan biography MAHATHIR ... perghh... aku tak lepaskan peluang tu arr... mmg dari ari tu aku nak tengok ..asik terlepas jeeee... ni aku tengok pun dah suku .... boleh laa dari tak tengok langsung ...

Aku yang membesar di bawah pemerintahan Perdana Menteri ini , amat amat berterima kasih diatas pembangunan dan juga kemodenan yang telah dilaksanakan dengan baik sekali. Bagi aku , Tun Mahathir adalah seorang yang amat genius ...amat bijak..Tak kerana beliau , aku tak rasa Malaysia dikenali dunia !! Apatah lagi USA ... huhu...mmg menarik sekali dokumentari tu... hampir mengalir airmata aku lihat muka beliau ... lebih menyedihkan lagi , kata katanya ialah ... Beliau gagal mengubah nasib orang melayu ... Sedangkan bagi aku ... Beliau amat berjaya menaikkan martabat orang melayu di mata dunia ..

Paling menyedihkan bila dia memberitahu yang dia meletakkan jawatan .. ermm.. tengok la semula youtube nih..



Aku tau mesti ramai yang benci n tak suka Tun Mahathir .. Tu semua politik sesama mereka ... Sapa sapa diatas pun pasti akan jadi 'mengarut' ... Sekali pun kita sendiri berada diatas .. Letakkan diri kita sendiri. ..kalau jadi PERDANA MENTERI , datang sedara mara mintak tolong..bagi projek ...atau paling tidak pun orang orang kampung nak mintak masukkan anak diorg ke dalam IPT walaupun tak cemerlang atau mintak kerja dengan kerajaan.. Takkan nak suruh apply cam biasa je ? Hehe.. ni contoh je ...

Sedangkan kita jadi rakyat biasa pun tak mampu nak adil dan amanah apatah lagi nak pegang jawatan besar ... Ok ok..aku bukan nak bicara politik ..apa sekali pun fahaman politik korang , tu boleh korang tulis kat blog korang ... Ni blog aku .. aku nak tulis ... Tun Mahahir , saya amat amat menyanjungi anda..

Maaf , aku bukan taksub ... bagi aku tiada pemimpin sebijak dia sekarang ! Apatah lagi berani bersuara lantang tanpa takutkkan kuasa besar ... Tu jeee... aku nak tunggu ulangannya dia channel HISTORY nanti ... hehe... i loikeee

You May Also Like

10 comments

  1. salam ben...
    topik ini mmg membuatkan ayu terharu, kerana bagi ayu tun dato mahadirlah orang yg pertama belajar komputer di awal 1970an..masa nie, komputer sebesar peti ais, tun sanggup belajar ke luar negara..untuk memahami bidang komputer,,,,
    (fakta ini, telah disampaikan oleh bos akademi mahir, mersing..semasa ayu bekerja disana)

    terharu dengan sifatnya...dengan kewibawaannya, malah beliaulah yang membuat idea mewujudkan sebuah tempat yang dipanggil putrajaya,....

    sesungguhnya...ayu amatlah berdukacita semasa peletakkan jawatan tun...(ketika persidangan umno, kalau tak silap ayu)...ayu tonton secara live, tekejut sebab tak percaya....

    apapun...ayu doakan kesejahteraan tun dato mahadir,isterinya dan kahli keluarganya..

    jua, kepada pemimpin negara...ayu puji kewibawaan anda...(dato najib)...semua pembaharuan adalah kesejahteraan rakyat,,,

    BalasPadam
  2. Secara jujur, saya ni kalau bab politic mmg out (tapi tak delah tak "pandang" langsung, takut nanti Ben keluarkan N3 macam yg lepas tu...terasa tempias dia kat pak tua!!..hahaha)...dan siapa pemimpin sekali pun, buah fikiran mereka yg bernas dan boleh diterima pakai, saya terima jeee. Tapi Tun M ni tak boleh disangkal kewibawaannya..kalau tak, tak kan lah "he was considered to be one of "Asia's" most influence leaders"...masa zaman dia dulu...

    BalasPadam
  3. sebab idea Dasar Pandang Ke Timur yang Tun mulakan, aku berpeluang belajar ke Jepun dengan biasiswa tajaan JPA. Aku cukup syukur dan terima kasih sebab dapat membesar di bawah pemerintahan Tun.

    BalasPadam
  4. Saya adalah di antara segelintir mahasiswi yang amat sayang akan Tun Mahathir.. tak ramai mahasiswa dan mahasiswi yang mengenang jasa Tun. Apabila Tun berbicara tentang nasib Melayu..saya pasti akan menangis... Saya mahu Tun tahu yg ada belia yang masih setia menyokong Tun.

    BalasPadam
  5. love this n3...
    untuk pertama kalinya aku tengok ayahanda aku menitiskan air mata bila Tun cakap nak letak jawatan.. aku turut sedih gak masa tu.. touching.. sebab ayahanda pun nangis... Tun Mahathir antara idola ku juga...

    BalasPadam
  6. salam bro.
    politik is politik.i do admit yg aku bkn minat dgn parti pemerintah skang.
    tp pada masa yang same aku akui yang tun mmg PM yang hebat. n mmg die seorg genius. mmg ade ape yg dilakukan beliau ade sikit2 silap.lumrah manusia la kan.but overal.die da buat kerje dgn hasil yang sgt menabjukkan:)

    p/s : menanti PM yang setegas dan serendah diri Ahmadenejad plak:P

    BalasPadam
  7. betul tu pakcik Ben.
    Tun Mahathir lah idola aye.
    dia memang tiada pengganti..
    tak leh bayangkan pada masa hadapan...macamane lah jadinyer kalau dah takde pemimpin macam beliau..
    apa-apa pun..Allah Maha Mengetahui..

    BalasPadam
  8. politik itu ada dalam kehidupan..tak disangkal beliau mmg genius..
    tp setakat ni idola saya bagi pemimpin di Malaysia masih tok guru nik aziz..kalau semua pemimpin mencontohi beliau, insyaAllah Malaysia akan lebih maju..wallahua'alam..;)

    BalasPadam
  9. memang benar. Saya juga mendpt menafaat di zaman Tun. Di zaman itu lah saya di beri peluang melanjutkan ilmu saya ke luar negara . Terima Kasih Tun .

    BalasPadam
  10. nothing to say.. i love tun dr mahathir.. :')

    BalasPadam