Siapakah Yang Bersalah ?

by - Sabtu, Mac 13, 2010

Tadi aku ada masuk blog mantan PM kita ... entry yang mudah tapi padat ... Berkaitan Swiss yang melarang masjid masjid di sana mempnyai menara .. Emm.. Pastu aku google , maka aku terjumpa satu blog ni .. Di dalam tu ada terjadi 'perang' antara pengomen .. Bleh tahan gak peperangan tu ..

Tapi yang sering jadi point bagi oran orang kafir ni ialah perbezaan taraf lelaki dan perempuan .. Aku pelik betul laa ... Berbeza sangatkah darjat wanita ni berbanding lelaki ? Tidakkah dalam Al-Quran sendiri banyak memuliakan wanita .Tu tak termasuk lagi hadis nabi ... Perbezaan ni sebenarnya sapa yang buat ?? Agamakah atau adat ? Jahil sungguh mereka ..

Mereka yang terang terang meletakkan wanita di celah ibu jari mereka itu , tidak pulak mereka sedar ! .. Seringkali wanita menjadi agen seks mereka .. Merogol sesuka hati ... dibuat pulak sebagai pelaris perniaagan ... Fesyen ? Sapa sebenarnya mangsa ? Lelaki ke perempuan ? Dua dua mangsa !!! ... Perempuan rasa seksi bila pakai berpakaian singkat , terbukak sana sini .. Tu fesyen kah ? Kemudian lelaki pulak , pakaiannya kemas ... nampak segak ... Haa.. mmg la...tapi bila tengok perempuan seksi . sapa lak seksa ? Tidakkah kedua dua ini mangsa kepada fesyen ?? Tang manakah digelar fesyen ? Dimata kita kah atau di mata agama ?

Bagitau aku selain Islam , agama mana yang meletakkan darjat wanita itu tinggi ? Adat mana yang meletakkan wanita itu tinggi ?? Kalau tak kerana ISLAM , aku rasa wanita sekarang ni duduk dalam bilik je !! Tak kira mana mana adat atau budaya , wanita sebenarnya tiada nilai di mata lelaki !!!! Kedatangan ISLAM yang dibawa nabi junjungan kita , Muhammad S.A.W telah menyelamatkan wanita wanita ini !! ..

Cuba fikirkan ... kalau tak kerana Islam benarkan lelaki menikahi hanya 4 wanita , berapa ramai anak anak haram bergelimpangan di luar sana ? berapa ramai anak anak luar nikah dibuang dalam kotak , tepi jalan raya atau dsbnya .. Ini semua takde dalam ajaran ISLAM ..kalau benar mereka ini ISLAM , sah sah tiada anak haram atau anak luar nikah !!

Bayangkan nun di negara kafir tu ... Mereka menghalalkan perempuan simpanan .. Dimana darjat perempuan simpanan ni di mata lelaki yang menyimpannya ? Cukupkah dengan dapat duit ?? Masa muda boleh la... Boleh enjoy sana sini .. tapi bila dah berusia sedikit , apa nak jadi ? Nak ajak lelaki tu kawin ? Kalau dia nak , ok la..kalau dia taknak ? Nak lari ? Cari lain ? Ada ke lelaki nak ? Kalau ada tu , alhamdulillah ... lelaki itu berjihad kerana Allah .. selamat satu 'nyawa' .. Kalau tak ??

Itu cerita darjat wanita .... Ada lak pengomen menulis , dia akan menerima kehadiran ISLAM sekiranya ISLAM menerima gay dan lesbian ! Adehh ..camana tu ?? Bukan ISLAM je mengharamkan hubungan sesama jenis tetapi dalam bidang perubatan pun tidak mengalakkan .. Akan merebaknya pelbagai penyakit ! Terang terang orang yang mengomen ni tak abis belajar sains.. Kalau tak nak bukak kitab Al-Quran tu lain lah ... sebab dah kafir ..

Di Malaysia ... Ada gak spesis spesis gini .. Mengatakan Islam ini tidak adil .. Islam tidak adil atau penganutnya ? Kalau benar Islam tidak adil , di mana ketidakadilannya ? Paling mudah ... kenapa Islam menyuruh umatnya menutup aurat ? Kenapa kena tutup ? Kalau dikaji sebenarnya , ianya merupakan satu perlindungan pada wanita ... Kenapa terjadi jugak kes kes rogol ni ? Cuba korang pk ek ... Biasanya terjadi kes kes ni , di mana ? Batas pergaulan tu camana ? Sapa yang merogol ? Sejauh mana ilmu agama di dada ? Sejauh mana pelaksanaan tanggungjawab sebagai hamba Allah dilaksanakan ? Kalau dihayati semua ini , InsyaAllah , semua lelaki berjalan akan pandang ke lantai bila nampak perempuan sambil beristighfar !

Gay dan lesbian ... Mereka frust bercinta antara alasannya .. Tolonglah... Cinta bodoh cam tu nak frust ? Mak bapak bela korang dari kecik , tak frust ke bila tau anak diorng ni 'serong ' ?? Tang mana bagus sangat ? Tidak takutkah pada hukuman Allah ? Kena gigit nyamuk pun dah mengamuk , ni belum lagi dicurah bara bara api neraka masuk dalam mulut !!

Akhir kata ...kita sebagai orang ISLAM , tunjukkan pada orang orang kafir yang orang ISLAM ini bukan seperti mereka sangkakan !! Kita ini ummat yang penuh kesopanan dan senantiasa melakukan keadilan pada sesiapa jua lebih lebih lagi pada mereka yang bukan penganut agama ISLAM yang kita cintai ini .. Jangan ikuti kebodohan mereka itu .. Mereka cuba melalaikan kita ini dengan pelbagai cara ... Fesyen , rancangan hiburan dan pelbagai lagi ... Berdiri depan cermin , berkata lah pada bayang bayang anda .... "KAMU KAH ISLAM YANG AKU ANUTI ? "

You May Also Like

4 comments

  1. ralit baca,,
    terharu pon ada,,
    tataw nak ckp mcm mana lg,,

    sgt bermanfaat..
    thnx ye~
    ;)

    BalasPadam
  2. Ben ni ada 1001 cara untuk menarik pembaca tak kira muda, remaja atau pak "tua"... Penulisan yang padat dengan bahasa yang mudah untuk difahami. Satu je nak komen---> "Berdiri depan cermin , berkata lah pada bayang bayang anda .... "KAMU KAH ISLAM YANG AKU ANUTI ? "...part yg ni, tak payah tunggu cermin, periuk kat dapur pun boleh...sebab berkilat!....

    BalasPadam
  3. terima kasih beri peluang utk ayu fahami secara ringkas ttg keseluruhan yang ben fahami

    zaman kini memang islam di paras tahap bahaya.
    sehingga hilang pertimbangan dan nilai diri...
    lupa agama sebenar yang dianuti
    silam hanya pada NAMA

    teruskan dengan entry berilmiah...
    TERIMA KASIH

    BalasPadam
  4. bersetuju dengan pandangan ni, ramai yang mengaku Islam tapi tidak pula mengamalkan ajaran sepertimana yang dituntut, semua nak ikut logik akal fikiran semata-mata...nak tutup screen pc dulu, baru nampak bayang sendiri dan tanya balik soklan tu..

    BalasPadam