Tolong jgn buat perangai macam tu yer ...

by - Isnin, Mac 15, 2010

Manusia ni ada pelbagai jenis ragam .. Ada yang disukai dan ada yang menjelikkan .. dan ada yang membosankan ..

Ada satu perangai yang mana aku rasa ramai orang sangat tidak mengemarinya iaitu ... bila bab $$ , baru mencari rakan rakannya yang mana selama ini tak pernah pun ditanya perkhabarannya.. Dan ada satu lagi ni ... bab mempergunakan kawan demi kepentingan diri sendiri ... Wow weee...dasat spesis ni ..

Dunia Internet sekarang ni menawarkan peluang mencari $$ dengan mudah .. Kena pandai cari dan pandai selongkar ... Dan ketika inilah si penyelongkar penyelongkar menunjukkan diri dengan mencari rakan rakan yang dah berkurun lama hilang .. Lebih lebih lagi bila dapat tau rakan rakannya mempunyai ' network yang cantek ' ! Itu merupakan satu peluang yang sangat bagus baginya .. Lalu mulalah mencari no telefon , email dan sebagainya... Baru laaa nak call .. Tanya khabar 1 minit , cerita bisnis ... 8 jam lamanya ... Beria ria menceritakan tentang kebagusan bisnis tu ...

Yang aku peliknya , kalau bagus sangat nape ajak kita ?? Sebelum ni tak ajak pun ? Satu persoalan ingin aku tuju ... Berapa ramaikah yang ingin berkongsi kekayaan mereka ?? Contoh ek... Si Ali ni baru join bisnis dan untuk RM1k ...korang rasa dia nak bagitau ke kat kawan dia yang dia dah untung dan kemudiannya kawan dia pon join yang mana mungkin keuntungan padanya akan merosot kecualiiiiiiiiiiiiiiiii .... bila bisnis tu memerlukan sokongan orang lain yakni mencari orang bawahan !!! .. Haaa...waktu ni baru nampak muka muka kawan sekolah lama , kawan opis , jiran sebelah ( yang dah tinggal bertahun tapi tak pernah tegur sapa ) mahupun makcik cleaner !!

Tolonglah ... aku bukan nak kondem mereka yang nak merapatkan silatuhrahhim ni tapi niat tu haaa....cari kawan semata nak berbisnis... tu pun bila hajat dh sampai pastu ilang ! ...Adoiyai..tolong laaa... jgn la buat gini ...buat orang menyampah ...Jgn pasal bisnis baru terhegeh nak cari kawan semula .. Ermmm ...

Yang spesis gunakan kawan demi kepentingan diri sendiri ni berlambak ... belum pupus malah aku rasa makin bercambah dengan pesatnya lebih lebih lagi di pejabat pejabat kerajaan dan juga swasta ... kat sekolah sekolah pun banyak gak nii ... Buat baik sebab orang tu ada pangkat dan kelebihan.. Ajak lunch sekali ( opis boy tak nak lak dia ajak..kalau ajak pun semata mata nak suh bayarkan bil Astro dia ) ..ajak breakfast sekali laa... sanggup belanja ... haaa ...ni spesis merbahaya..jgn termakan budi dengan spesis ni ...menyesal nanti sedara ! ...

So..berhati hati dengan dua dua spesis ni ek... ;) .. tu je aku nak bebel pagi ni...

You May Also Like

6 comments

  1. dah jelik dgn org ajak2 bisnes ni. ergh~

    BalasPadam
  2. yup..mmg dah byk kali terkena..pasni harus lebih berhati2...

    BalasPadam
  3. huw...
    sikit lg trpedaya dgn 2 org kwn, smgt gila ajak jOin bisnes.. alih2 bla sndiri dh trtipu, baru reti nak senyap bila jmpa. sib baik sy kuat iman..ahhaa

    BalasPadam
  4. hehe..ni mesti bisnes Meniaga Larut Malam kan bro??

    BalasPadam
  5. biasela tu, ayat mesti manis. tape sume demi kepentingan diri mereka sendiri jgk..konon jer nak share kekayaan bersama2.

    BalasPadam
  6. Saya tak kasi peluang org macam ni, bila dia start cerita business gini2, terus jee pak tua tanya..eh..rumah ko ada teko antik tak?..

    BalasPadam