Macam inilah yang kita mahukan

by - Ahad, November 13, 2011

 

Alhamdulillah .. sejuk hati membacanya .. Mungkin ada yang cuba mengaitkan dengan publisiti murahan atau politik , maka ada baiknya yang ini kita bersangka baik .. Apa salahnya bukan ? Duit dia dah berlambak lambak.. Tak salah buat kebajikan .. Jangan fikir bukan bukan..

 

image

Dari KOSMO

Kesedihan tiga beradik yatim piatu selepas kehilangan ibu yang maut dalam kemalangan awal pagi kelmarin sedikit terubat apabila mereka diambil sebagai anak angkat oleh seorang pengusaha produk kesihatan terkenal.

Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, beliau akan menanggung segala perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk belanja sekolah tiga beradik itu.

“Saya berhajat untuk mengambil tiga beradik ini sebagai anak angkat dan perbelanjaan sara hidup setiap bulan akan saya tanggung.

“Sekiranya ketiga-tiga beradik ini cemerlang dalam pelajaran dan mahu melanjutkan pengajian ke universiti, saya juga akan tanggung perbelanjaan untuk menghantar mereka ke sana,” katanya di sini semalam.

You May Also Like

15 comments

  1. bagus2 dr rozmey ni... sape pggil dia ngan mcm2 gelaran tu... cermin diri blik... dia ada wat kebajikan kat anak yatim.... korang????

    BalasPadam
  2. tapi semalam dan tadi kite ada terbaca sesuatu yg tak best ttg dr rozmey.ntahlah berani betul sorg blogger tu kutuk kaw2...yelah dah dr rozmey usaha dan dia berjaya.sama ada produk dia tu betul ke tak ke guna herba...itu urusan dia dgn Allah.Kalau btl dia menipu tak lamalah tu rzki dia.Allah kan Maha Adil.

    tapi bgs dr rozmey ni...biarpun org kutuk dia macam2 tapi dia ada juga tlg org susah dan anak yatim.kita???

    BalasPadam
  3. tapi ramai orang kaya sekarang tak macam dia. salute!!

    btw, kalau nak jadi kaya tu senang, tapi nak kaya hati tu sekarang....fuhhH!! susah! huhu!

    nak bincang pasal kaya hati? wah. p beli buku agama. bagi makan hati yang dahaga dengan pengisian berbentuk keagamaan.

    ada baca pasal napa orang melayu tak kaya2. kalau ada pon, ada sorang je yang masuk top 10. datuk entah apa saya tak ingat. hek3!

    salute him! siap ada masjid lagi tu. memang jalan lah pahala dia. amin! harap2 lagi ramai yang kaya harta dan kaya budi pasni. jadi macam time zaman khalifah umar abdul aziz. sampai takda yang kayak terima zakat. hek3! tapi sekarang, cam mustahil.

    ada orang kaya, mulalah orang bawah dengki.

    bila jadi kaya, mulalah lupa diri. lupalah semua janji2 time before jadi kaya.

    bila jadi kaya, hati tak tenang sebab takut habis harta. perghH!

    ek? panjang pula. saya nak jadi kaya juga. wooooooo~~

    tapi kadang takut juga. takut menyimpang. takut tersalah guna. oleh itu. apa yang penting? kerjasama. okeh! melalut.

    #okbai

    BalasPadam
  4. alhamdulillah ada yg prihatin dan sanggup berkongsi kekayaan yg ada.. apa la sangat membesarkan anak yatim berbanding limpahan kekayaan yg dia ada kannn....

    BalasPadam
  5. @Syafiq Ahadinnama dia Syed Mohd Al Bukhari...hehehe..memang salute habis..respect

    BalasPadam
  6. anak yatim piatu kot..memang ambik peluang dr. rozmey..peluang utk tambah pahala di akhirat..alhamdulillah..semoga lebih banyak insan cam dia wujud di muka bumi ALLAH


    Jemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR

    MAXIS HOME FREE SAPE MAU???

    Jom cashout duit korang dengan

    PRASEKOLAH FREE UNTUK ANAK ANDA

    BalasPadam
  7. Alhadulillah. soal keikhlasan dan kejujuran tu hal dia. yang penting dia dah berjaya tunjukkan yang dia tak macam yang orang selalu fikirkan :)

    BalasPadam
  8. alhamdulillah.. kan bagus kalau semua orang dalam dunia nie macam nie.. orang yg dalam kesedihan akan sentiasa terubat..

    BalasPadam
  9. Sejuta dala 1 orang macam ni... Syukur

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..buat Dr Romzy teruskan usaha murni anda.

    Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari jutawan Melayu yg punya masjid sendiri...

    BalasPadam
  11. papepon pasal product dia... rasanya xtipu... saya sendiri pengguna produk dia.... bagus jer produk dia... berkesan pada saya...

    BalasPadam
  12. alhamdulillah...masih ada insan yg berhati mulia kat dunia ni :)

    BalasPadam
  13. alhamdulillah....harap ader ramai lagi yang mcm Dr rozmey ni kat luar sane amin

    BalasPadam