Telah berlalu 11.11.11

by - Sabtu, November 12, 2011

 

Heh .. Telah berlalu 11.11.11 .. Ada yang kata mereka yang taksub atau dok pikiaq apa la sangat best pada nombor ni , bagi aku mudah jer .. Masing masing punya hak .. Walaupun sekadar tarikh atau nombor ianya tetap satu yang unik .. Contoh la kan .. bagi mereka yang menikah semalam ;

“ Bila kau menikah ?  “

“ Oh , 11.11.11 ..”

Senang nak ingatkan ? Cuba tanya aku atau mak bapak korang atau jiran sebelah rumah .. Bila mereka menikah  ? Mesti tergaru kepala punya.. Tapi bila buat pada tarikh yang unik , sepantas kilat ingat seperti harijadi atau kali pertama kereta kena calar .. Perghh..

Ada yang kaitkan dengan agama .. Pleaselah .. Jangan cari isu murahan .. Tarikh kemerdekaan .. Tahun baru .. Maulidur Rasul .. Maal Hijrah , semua itu sekadar tarikh .. Tapi yang penting adalah apa yang berlaku pada tarikh tersebut ! Sama juga 11.11.11 .. Bila kita tak mengisinya dengan sesuatu yang menarik dan juga unik pasti ianya cuma tarikh tarikh biasa yang lain ..

Bezanya ialah , 11.11.11 mudah diingati dan takkan dapat nombor tu dah pada kalendar lumba kuda tu lagi sampai bila bila .. Ianya dah berlalu ..

Mereka bukan taksub pada angka bagi aku .. Mereka nak mengisi peristiwa pada tarikh itu kerana angkanya yang unik .. Sekadar angka jer .. Tu je .. Tak salah pon kan ?

Walaupun angka , ianya pasti  bernilai jika kita mengisinya dengan perkara berfaedah dan bermakna ! Lainlah ada yang menghabiskan hari dengan membuta jer pada 11.11.11 atau g dating mahupun nak berkapel pada tarikh ni .. Yang ni betul la kata ustaz tu … Hehe.. Apa dia kata ? Tu korang kena cari sendiri..

You May Also Like

5 comments

  1. dia kata 11.11.11 couple..
    12.11.11 break up..
    21.12.11 confirm hamil..
    21.11.12 anak dijumpai mati
    12.12.12 kedua ditangkap

    nipu je~

    abg ben tak gitau ustaz n rncangan mana, gena nak cari =.=''

    eh.. lawa pulak sususan tarikh tuh dari atas ke bawah.. ada patern :D

    BalasPadam
  2. sekadar tarikh yang cantik je bagi saya.tak bangkang,tapi tak taksub..heeee~nak 11.11.11 lagi?kene tunggu 100 tahun ke depan..hihik

    BalasPadam
  3. 11.11.11 umur saya genap 18 tahun :D

    BalasPadam
  4. tak ade la sampai taksub..sy rasa kebanyakan org pun mcm tu.sbb senang nak ingat tarikh dan tarikh tu sgt istimewa kan..bukannya sebab pecaya nombor tu bwk tuah..

    BalasPadam
  5. 11.11.11... cukup umur sy 23 thun... wah... da semakin tua.. huhu

    BalasPadam