Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 28 Jun 2014

GENOVASI mengubah cara pemikiran aku !

 

Baru-baru ni , aku dan beberapa orang rakan blogger dijemput ke GENOVASI yang terletak di Petaling Jaya. Tujuannya adalah untuk pendedahan mengenai apa yang dilakukan oleh mereka iaitu DESIGN THINKING ! Sangat menarik !!!

GENOVASI adalah dari perkataan GENERASI INOVASI. DESIGN THINKING ni secara umumnya mengajar dan mendidik para peserta menyelesaikan masalah dgn mencipta (inovasi ) dengan cara yang betul.

Sememangnya aku cukup tertarik dengan konsep mereka di sana ! BEBAS !! Tapi berdisplin .. Cara begini mmg membuatkan kita mampu berfikir di luar kotak dengan lebih teratur.

Ruang legar yang boleh berubah dalam sekelip mata atas permintaan mereka yang hadiri kelas atau kursus di sini. Sangat cool !!

Bayangkan jika gelengang bolasepak ni ada dalam pejabat anda ada … Hee.. Cool kan ?

Selepas selesai ‘tour’ di GENOVASI , kami diberi penerangan oleh salah seorang tenaga pengajar di situ .. Dan seterusnya cabaran yg sangat menarik dan menduga minda ! Cabaran yang nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan daya pemikiran dan kreativiti ..

Bloggers dipecahkan kepada beberapa kumpulan . Kes diberi ..

“ Encik Ismail, seorang bekas peninju yang telah bersara menghidapi arthritis. Dan penyakit ini menyebabkannya sukar untuk menulis bahkan untuk mengambil pen yang diletakkan atas meja juga sudah cukup menyukarkan. Blogger perlu memikirkan cara untuk memudahkan Encik Ismail menulis seterusnya mencipta prototaip idea mereka dengan bahan terpakai .. dalam masa beberapa minit  saja yer  ! “ .

( Kaitkan dengan blog ! Blogger nampak ‘ masalah ‘ . Apa yg perlu mereka buat ? Monolog saja ? Update ke FB atau blog saja tanpa ada mencari jalan penyelesaian ? )

Diberikan 5 langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Setiap langkah ada beberapa minit saja. Beberapa blogger dapat siapkan prototaip mereka. Disini boleh nampak kreativiti dan daya pemikiran blogger sebenar ! Heeee ..

Ok .. Seharian berada di sini .. secara jujurnya  ianya mengubah cara pemikiran aku yg selama ini berfikir dan menyelesaikan masalah dengan tidak teratur kepada lebih teratur ! Dan ilmu ini sangatlah berguna buat semua orang terutama yang bekerja dengan melibatkan orang ramai !

Jadi , aku syorkan korang .. korang syorkan bos korang untuk buat kursus ringkas kat sini .. Santai ! Tapi bermanfaat !!!

Untuk lebih lanjut , korang leh ke :

Dan buat mereka yang inginkan cabaran dengan join contest anjuran GENOVASI .. Ada hadiah menarik menanti anda !

Name the Genovasi Blog Cont:  23 Jun 2014 hingga 27 Jun 2014

12 Commandments Contest: 26 Jun 2014 hingga 3 Julai 2014

Q&A Contest Week 1: 1 Julai 2014 hingga 4 Julai 2014

Q&A Contest Week 2: 7 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014

Content Sharing Contest: 14 Julai 2014 hingga 21 Julai 2014

Favourite Quotes Contest : 18 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014

Q&A Contest Week 3: 28 Julai 2014 hingga 1 Ogos 2014

 

Bagi pengumuman pemenang pula, berikut adalah tarikhnya :

Name the Genovasi Blog Contest : 5 Julai 2014

12 Commandments Contest: 11 Julai 2014

Q&A Contest Week 1: 5 Julai 2014

Q&A Contest Week 2 : 11 Julai 2014

Content Sharing Contest : 30 Julai 2014

Favourite Quotes Contest : 31 Julai 2014

Q&A Contest Week 3: 2 Ogos 2014

 

SELAMAT MENCUBA dan SEMOGA BERJAYA !

2 komen :

amir zahari berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI