Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok!!!

by - Jumaat, Jun 20, 2014

 

IMG-20140619-WA0010

Akhirnya saat dinanti tiba juga. Bermula esok hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga ke 10 malam anda berpeluang untuk "SHOPPING" sakan di Eh Eh Mega Bazaar 2014.

Bertempat di MAEPS Serdang, bazaar online terbesar Malaysia ini sedia menanti kunjungan anda ke lebih 1000 booth termasuk 60 selebriti menjual seribu satu barangan pada HARGA PALING RENDAH.

Semua akan selesa bershopping dan tak kan rasa rimas kerana terlalu ramai pengunjung memandangkan MAEPS adalah berhawa dingin dan luas!

Kelebihan lain Eh Eh Mega Bazaar 2014 berbanding bazaar lain juga termasuk;

1) Lebih 3000 tempat letak kenderaan disediakan di luar MAEPS Serdang. Jadi tak akan ada masalah pengunjung terpaksa meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

2) Lebih 10 tram juga disediakan untuk semua pengunjung di tempat meletak kenderaan terus akan membawa anda ke pintu masuk MAEPS untuk "shopping". Tak perlu jalan jauh dan penat sebelum sempat bershopping!

3) Sebuah bas secara percuma juga akan disediakan di stesen komuter Serdang bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan awam untuk ke MAEPS. Bayangkan, tak perlu tunggu bas atau teksi untuk ke MAEPS pada hari Sabtu dan Ahad ini.

4) Ruang pejalan kaki di antara booth dalam MAEPS juga selebar 10 kaki bagi memastikan pengunjung selesa untuk bergerak dan bershopping. Sure tak kan ada yang pengsan atau sesak nafas kerana terlalu sempit!

5) Lebih 100 hadiah istimewa termasuk barangan elektrik, pakej pelancongan, gajet dan banyak lagi disediakan untuk semua pengunjung untuk CABUTAN BERTUAH! Jangan lupa untuk sertai kami untuk memenangi hadiah best!

6) Ada persembahan istimewa penyanyi popular, pertunjukan fesyen, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sesi minum petang bersama selebriti dan banyak lagi sepanjang 2 hari itu nanti!

Walaupun terlalu ramai booth yang menjual seribu satu barang untuk kita "shopping" raya, pengunjung tak perlu risau kerana pihak penganjur, syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd menerusi Pengarah Urusannya, Iffah Zaimi memberi jaminan keselesaan adalah 100% diutamakan.

 

Pastikan anda meluangkan masa untuk ke Eh Eh Mega Bazaar 2014 esok selain mengambil peluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.


Jumpa anda esok!!!

You May Also Like

0 comments