Berbuka puasa di Kafe DailyFresh

by - Khamis, Jun 26, 2014

 

Baru-baru ni , aku dan ramai lagi rakan blogger dijemput ke outlet Kafe DailyFresh di KL City Festival yang terletak di Setapak untuk mencuba menu di situ.

Lokasi yang menarik , strategik , mudah parking untuk pergi membelah belah ketika Ramadhan nanti . Hehehe.. Penting ni nanti ! Macam macam ada kat sini.. Mudah nak bershopping dan juga berbuka !

Bayangkan , tengah sedap sedap bershopping , tau tau dah nak masuk waktu berbuka ! Pasti kelam kabut nak cari tempat berbuka kan ?? Hee.. Aku biasa dah kena gitu ! Pasti nak cari juadah yang ringan , sihat sebab pastu nak kena balik rumah pulak. Kalau terlalu kenyang , masalah gak tu ..

Ok ok .. Aku tau .. Sebelum nak berbuka puasa pasti nak tau apakah DailyFesh ni ada sijil HALAL ?

image

Ada kan ? Ok.. boleh aku terus bercerita ?

Hehehehe .. Jadi apa yang menarik sangat DailyFresh ni ? Hurmm.. Kalau dulu la kan .. Aku mmg tak singgah outlet ni sbb tak tau sangat pasal DailyFresh ni. Apa yang aku nampak cumalah cupcorn yang aku mana aku berpendapat sama je cam cupcorn yang lain.. heee ..

Dan peluang ini aku gunakan sebaik mungkin .. Aku nak rasa semua yang ada kat sini ! Hehehehe ..

Rakan blogger , RZ .. founder blog www.razzwey.com turut sama menemani aku di sini ..

Kan sini ada pelbagai pilihan sewaktu nak berbuka. Nak minum air panas ada .. nak air sejuk ada .. Haaa.. Pilih jer ! Jangan segan segan ..  Janji bayar .. Heee..

Murah ! Takde la mahal mana pon kan ? Antara pilihan yang aku syorkan kat sini ialah semua ! Hehehe .. Sedap ok ! Apatah lagi bila tengah lapar sangat ! Tapi jangan la gi order semua.. Makan skit skit .. Nikmati juadah dengan disiplin.. Baru enak rasanya ..

Pastinya ada anak kecil yang ikut sama kan ? Untuk diamkan mereka , apa kata bagi Gelato Tempo yang sedap ni ! Sedap ok !! Aku siap tapau bawak balik rumah lagi.. Tak sempat masuk kereta , dah abis sewaktu berjalan kaki tu.. heee ..

Tak nak kasi Gelato Tempo , leh kasi Ice Kimo ! Hurmm.. masih terasa di hujung lidah kesedapnnya.. Aku syorkan cuba perisa strawberi tu.. Yang merah tuuuu .. heee..

Cupcorn ! Memang terbaik rasanya ! Segar dari ladang !! Meletup letup di dalam mulut setiap kali butiran jagung ni masuk ke dalam mulut aku .. Huhuh.. Sedap !

Cupcorn kat sini bukan satu jenis je ada .. Ada  5 jenis ! Haaa ..

Aku suka Garlic Cheese dan Sweetened Milk.. Aku tapau kasi kat wife .. dia pon suka ! Siap tanya mintak lagi ! Huhhhh…

Kalau nak berat skit .. Leh makan Wafito. Takde la berat mana pon.. Nampak je cam tebal tapi bila ada di depan mata , dan rasa .. Hurmm… ringan je masuk ke dalam perut ! Sedap pon sedap .. Kiranya menyihatkan la kan ? Takde la sampai nak mengah bila makan ..

Ada  perisa .Coco Deluxe, Pandan, Coffee dan Mocha. Semua menyelerakan !

Dan ini ! Ini haaa .. Serius haaa .. Pastikan korang beli dan bawak balik ke rumah !

POPCORN !! Sila beli lebih sebab nanti berebut ! Tak caya ? Sila la percayaaa ..

Ada perisa Caramel, Spicy Curry, Seaweed, Black Sesame dan Honey Dew . Tiada MSG yer !!

Haaa.. Kan dah kata ! Qhaliff makan sorang dia je !! Abis tak kasi bapak dia ni ! Huhhhh..

Ok , sempena Ramadhan nanti , DailyFresh ada buat promotion untuk korang nanti  ..Ini promosi terhad tauu .. Kena cepat dapatkan ..

Ramadan Promotion Virtual

Dan khas untuk pembaca di blog aku ni , sila print vaucher ni ! Pastu gunakan bila gi ke DailyFresh ! Untung sihhhh … Sedap wooooo cupcorn ni ..

Print

Senarai outlets DailyFresh di Malaysia , boleh rujuk di SINI . Ok ? Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak !

You May Also Like

1 comments