Lelaki saja !!

 

Bawak Qhaliff gi shopping ke Alamanda lagi .. hehhe… Apakah akan berlaku hari ni ? Apakah dia akan sibuk nak merayau sana sini ??? Gulp ..

Sampai je Alamanda , cari tempat nak makan pagi dulu..

Bila perut kenyang , dia pun tak la buat perangai kan ? Harapnya gitu laa …

Dan memang menjadi ! Dia ok je ari ni .. Siap tolong susun barang bila aku pas kat dia sewaktu di dalam Aeon tu..

Photo

Disebabkan dia bagus hari ni , daddy upah aiskrim Baskin Robbin satu !

Photo: Yeay.. berjaya kalutkan daddy..

Bila tengok dia comot begini , baru teringat yang aku kena beli lagi dua benda ! Satu , gym ball untuk ayah aku.. Dan tujuan utama hari ni iaitu beli baju untuk aku interview kang ! Adehh ..

Nak tak nak , aku pilih je baju yang ada kat luar Parkson tu jer.. Ikutkan , aku berkenan dengan baju Polo kat dalam tu .. huhu .. Tapi disebabkan Qhaliff dah comot gini , dan troli tak leh bawak masuk dalam , beli je baju yang ada depan mata je.. Hurmmm..

Nak bayar camana ? Aku cakap ngan pak guard yang baik hati tu .. aku nak bawak masuk jap jer untuk bayar ! Nak tinggal luar , gile ke apa ? Nak dukung , tentu baju kena aiskrim tu lak.. hahaha ..

Alhamdulillah.. pengawal keselamatan tu memahami.. Dia kasi aku masuk … Tak jauh pun jarak.. Lepas bayar , aku lalu depan dia sekali lagi dan ucapkan terima kasih untuk kali kedua .. 

Dalam kereta , Qhaliff tidur ! Puashati dapat berjalan jalan dengan daddy ari ni , di shopping mall yg lengang ! Takde orang pon lagi waktu tu.. Hahahahah …

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009