Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 25 Jun 2014

Maaf la yer , En. Wartawan ..

 

Kelmarin , aku ada up status yang ‘pertikaikan’ etika kewartawanan wartawan sekarang apatah lagi dengan isu terkini yang mengundang rasa geram dan ketidakpuashatian pada masyarakat di negara kita .

Aku sendiri pun terkedu masa membaca berita tersebut dan kongsikan artikal tersebut di TimeLine Facebook aku ! Maka , berduyun duyunlah komen di perongsian dan juga ruangan asalnya iaitu di fan page media tersebut. Komen ? Hurm.. jangan cakap laaa .. Macam macam ada ! Sedih dan geleng kepala je membacanya. Bukan salah wartawan yer  !

Dan selepas tu , banyak la artikal pasal tu diterbitkan lagi dengan tajuk tajuk yang .. hurm… Memang mengundang orang nak gi baca dan komen ! Macam macam komen ada kat situ.. Manusia la katakan..

Bagi aku la kan .. Nak bagi maklumat dan berita tu , ok dah .. Memang aku respek laa .. Kerja mereka ! Tapi bila satu demi satu dibongkar terlebih dahulu tanpa ada penyiasatan dari pihak berwajib , tu masalah gak tuu .. Maklumlah , siasatan dibuat sendiri jer ..

Aku tahu.. Tu mmg kerja wartawan la kan ? Tapi bila di up media sosial apatah lagi berita tu lom sahih..  Ramai dah pakat kongsi berita tu dan bagi pendapat di ruangan komen. Apakah berita tu dah disahihkan oleh pihak berkuasa cam JKM atau PDRM ?  Kebelakangan ni , banyak berita dah dispin kan .. Cam cerita MH370 .. Akhirnya , pengguna internet gak pening kepala ..

Aku bukan cakap pasal OKU tu jer.. pasal politik yang mengelirukan , hiburan yang banyak mendedahkan aib … Berapa banyak yg benar benar nak berkongsi maklumat atau nak dapatkan ‘traffic ’ jer ? Kasi berita panas gitu ! Orang dok cari dan baca ! Tapi berapa peratus berita tu tepat ? 

Hurm.. Bila sebut wartawan , jangan sangka ‘awak’ jer wartawan.. Ramai lagi wartawan di luar sana yang dah lupa kenapa dia nak jadi wartawan atau nak dptkan pujian !

Maaf jika terasa tapi rasanya aku dah lama tak baca suratkhabar sbb beritanya .. hurm… Entah laa .. Korang pon sedia maklum.

Tak perlu nak melenting pendapat aku yang amatur ni. Ada blogger mencontohi anda ! Kalau wartawan boleh , kenapa blogger tak boleh lak ? Sebab ada lesen ? Tu je ?

Wartawan perlu ‘didik’ blogger secara tidak langsung agar menulis dengan lebih berhemah dan jujur ..

Aku ingat lagi bapak aku sering bawak balik suratkhabar dan belajar membaca dari situ ! Suruh baca berita untuk tambahkan ilmu pengetahuan dan tonton berita !

Sekarang ni ?? Apakah anak kita nanti , tak kenal dah suratkhabar sbb banyak berita tabloid dan sensasi je ? Dan rujuk pada internet untuk dptkan maklumat ?

Rezeki kita dari Allah..

#Teringat Cerita SpiderMan

4 komen :

Liyliz berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ArELeEz berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
TunSha Ayunie berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Jie Susanos berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI