Semakin bersemangat berblogging !

 

Sebagai penulis blog , aku tak tau sapa yang follow dan baca tulisan kita setiap kali aku update .. Yang pasti aku berusaha menulis dari hati dan sejujur yang boleh. Mana yang boleh aku elakkan , aku cuba elakkan .. Berkat teguran rakan rakan pembaca , yang prihatin terhadap isi kandungan terutama bila ada isu yang mampu mengaibkan orang lain maka aku akan padam dan elakkan ..

Semakin hari semakin berusaha mematangkan fikiran. Hurm..

Dan aku dapat satu mesej di Facebook yang menaikkan lagi semangat menulis aku !

" Salam Tuan Ben, semlm saya ada baca status tuan ttg wartawan dan baca komen2 menarik yang "menhentam" pendapat tuan. Saya sendiri seorang wartawan dan kini editor majalah xxxxxxx
bahasa Inggeris.... dan saya sokong apa yang Tuan katakan. Tu aje... entah mana silapnya mereka yang tak paham apa yang tuan hendak sampaikan. Dan ya.... mmg ramai wartawan, nak2 yg muda, yang perasan bagus.
"

Bla bla bla .. dan sahabat tu membalasnya ..

Betul... dan saya bersyukur amat kerana saya bukan wartawan dlm bidang sensasi.... pening lihat tingkah laku mereka akhir2 ini...maaf ckp.. nak2 pulak dr cabang hiburan... saya yg dah lbh 25 tahun dlm bidang hanya lihat dgn rasa kecewa. “.

Dan ..

“ bla bla bla … terima kasih juga dr kami pembaca blog tuan yang sering terhibur dgn entri2 menarik “.

 

Terharu gue ! Serius ! Tak perlu buat duck face dah aku untuk tarik pembaca ke blog aku ! Hahahahhaha .. Gurau jer ..

Memadailah menulis dengan hati .. Pasti ada yang terhibur !  Satu penghormatan buat semua rakan blogger yang menulis kerana minat !

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009