Akhirnya bercerai juga ..

 

Aku dapat whatsapp dari kenalan aku ..

“ Ben , kami dah bercerai talak satu .. “

Aku tarik nafas dalam dalam dan lepaskan perlahan lahan.. Sayangnya .. anak dah dua .. Besar dah pon. Tak lama lagi nak sekolah dah !

Punca ? Hurm.. Hurm… Payah la nak kata .. Masing masing ada ego sendiri. Yang jadi mangsa anak ! Anak kecik kecik lagi .. nasib baik la ada atuk nenek duduk sekali.. Kalau tak ?? Terabaikah ?

Sepanjang sebulan dua ni , aku dah jumpa beberapa orang begelar ibu tunggal. Dan menariknya , mereka semakin bersemangat dan berjaya membuktikan mereka mampu hidup tanpa ‘suami’ !

Walaubagaimana pun , bagi aku.. berjaya camana pon , perlulah ada orang tersayang disisi. Tak lengkap kehidupan ni kalau tak sepasang ! Hati perlu diisi dengan kasih sayang sesama manusia ..

Percayalah.. akan ada jodoh untuk kita juga nanti.. Segalanya hak Allah.. Berdoa sajalah ..

14 ulasan:

  1. antara punca yang menjadi wanita hari ini tak kisah ponjika bercerai adalah kerana mereka ada kerjaya sendiri, gaji, dan pangkta yang kadang-kadang lagi tinggi daripada sang suami..mereka tak kisah tiada suami, bagi mereka sama sahaja. ada suami pergerakan mungkin terbatas.

    BalasPadam
  2. sedih =( nampaknyer kena belajar banyak bab kahwin ni sebelum melangkah ke alam baru

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    BalasPadam
  3. @Akmal Rusydibukn terbatas.kdg2 suami bila isteri blh buat semua benda dr hal kerja dan smpi hal rumah,semua nk brgantung dkt isteri.tggjwb buat2 bodoh je.so,ap motif bersama?

    BalasPadam
  4. suami isteri perlu ada toleransi dan saling faham memahami

    BalasPadam
  5. Bila ego menguasai, semua tak nak kalah. Kemudian respek pun dah takde memang ke arah penceraian. Kalau ilmu agama tak dalam pun jadi macam ni.

    BalasPadam
  6. betul tu abg ben. khdpn sempurna tnpa terisi hati, sunyi jgk. kesian anak2. smga si ibu tabah. semoga Allah permudahkan urusan mereka. mudahan rujuk semula.

    BalasPadam
  7. sepasang itu melengkapkan sebuah kehidupan

    BalasPadam
  8. semoga si dia bertemu jodoh yang lebih baik . sama sama kita mendoakan mereka ya.

    BalasPadam
  9. Stuasi bg stiap prceraian adalah berbeza..kita x leh simply judge prmpuan single kmbali just bcoz trbatas dgn suami,just krn hrta or bergaji.if yg brnama suami xmau jlnkan tgjwb,larat ka smua isteri nk sara ?

    BalasPadam
  10. Bercerai ni sesuatu yang amat tidak disukai Allah tetapi jika dah sampai di situ sahaja jodohnya, mana mungkin kita mampu menghalang... Cuma, jika boleh di selamatkan rumahtangga yang di bina tu, itu lebih baik... Kesian anak-anak.... mereka tidak mengerti apa-apa....

    BalasPadam
  11. x boleh nak salahkan mana2 pihak.. sbb kita takde di tempat mereka... maybe ade sebab tersendiri.. masalah tersendiri... kekurangan masing2 yang payah pasangan nak terima... dah tertulis jodoh setakat itu... harap berjumpa jodoh yang lebih baik...

    BalasPadam
  12. sy pun nak kahwin lagi...dah lama hidup sorang. x best la..

    BalasPadam
  13. smoga kita yg ada ni saling mengingati,,kuncinnya agama

    BalasPadam
  14. pada wanita yg x suka kongsi pendapatan, x suka dilarang utk kluar dgn lelaki lain, dipantau kluar dgn kawan perempuan, lepas kerja xnak balik rumah terus, x suka buat kerja rumah, xtaw masak, pantang ditegur - tak payah kahwin, nanti bila ada anak, siksa mental anak n suami- yg lelaki kalau gaji x sampai rm4k sebulan, kerja lah dulu, jgn kahwin lagi, sebab bila dah kawin kena tanggung double, bila ada anak lagi tambah, yes, rezeki dari allah, tapi kena cari dgn dugaan yg maha hebat utk yg halal n berkat, yg haram senang

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.