Bila sakit kepala memuncak !

by - Khamis, Oktober 16, 2014

 

Ini salah satu pengorbanan yang perlu para suami tau bila isteri mereka yang bergelar suri rumah tidak sihat cam sakit kepala , demam atau sebagainya ! Mereka tetap jaga anak mereka walaupun nak bukak mata pon dah tak larat !!

Aku semalam merasainya lagi.. Kali ni ditambah dengan Zahra yang tetiba buat karenah.. Aku rasa dia lapar kot.. Nak susu ! Kasi susu pun dia tak nak.. Dia nak direct ! Bayangkan dia meraung camana !! Bingit telinga .. ditambah dengan sakit kepala yang mana sampai tangkap kat mata ! Nak tengok skrin handphone pon tak mampu !!

Ya Allah.. masa tuuuu.. haihhh.. Allah je tau camna rasa .. Aku letak Zahra atas tilam nun di lantai .. pastu masuk bilik.. Baring ! Terpaksa !! Tengok jam baru pukul 4 lebih petang ! Lama lagi wife nak balik.. Camana rasa ?

Di kala ini .. kalau isteri anda telefon dan mengadu hal begini .. sila amik berat ! Mereka menjaga zuriat atau waris anda di rumah ! Bayangkan jika mereka pengsan  ? Atau hilang kawalan diri ?? 

Sila amik berat bila isteri anda telefon dan mengadu. Mana lebih utama ? Kerja atau keluarga ?

 

You May Also Like

4 comments

  1. klu rasa tak sihat dan tak boleh handle better call wife mintak keluar awal. tkut la apa2 jadi.

    BalasPadam
  2. Kalau saya, lama dah saya pengsan kat situ. Heheh. http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/personal-barang-kesayanganku-oktober.html

    BalasPadam