#kelabbloggerbenashaari dah ada penaja rasmi !

by - Ahad, Oktober 19, 2014

 

Alhamdulillah.. Akhirnya ! Sebuah syarikat produk kesihatan dan kecantikan yang terkenal berminat nak menjadi penaja rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHARI ini !

Nak dijadikan cerita , semalam .. lepas photoshoot tu , aku terus ke Concorde Hotel di Shah Alam untuk berjumpa big boss .. Puan. XXXXXX ni..  Sebelum tu ada la staff dia mesej bagitau Puan nak ajak lunch. Tak sangka jugak aku sebenarnya.

Puan ni pada pertama kali aku jumpa nampak gaya gaya mak datin VVVIP gitu. Aku jadi segan la.. Tapi bila jumpa semalam , untuk kali kedua .. rupa rupanya sangatlah peramah dan bagus sekali orangnya ! Huhuh..

Sambil makan , perbincangan dilakukan dan .. termeterailah perjanjian !!! Beliau bersetuju untuk menjadi penaja rasmi KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Serrrrrr !!! Terharu guee ! Ternyata perjuangan aku selama ini , berbaloi … Huhuhuh…

Berkat bawak isteri dan anak gi meeting..

InshaAllah , #kelabbloggerbenashaari akan lebih maju pada tahun mendatang. Segala perancangan ada di dalam kepala otak disamping bantuan rakan rakan seperjuangan yang tidak putus putus membantu dan sama sama menaikkan nama kelab ini 

Jutaan terima kasih atas kepercayaan korang semua ! Nanti aku umumkan sapa penaja rasmi tu yer .. Heee

Alhamdulillah..Syukur pada Allah.

You May Also Like

34 comments

  1. Alhamdulillah TAHNIAH ABen & KBBA TEAM..

    BalasPadam
  2. kelab blogger BA byk manfaat yg sy perolehi, salah 1nya dpt promosi blog. lgpun ramai pengikut kelab blogger BA, makin meriah bila ada yg rajin mengomen. moga kelab ni, sukses sentiasa.

    Jemput rakan blogger join segmen mudah ni: Klik: 4 POWER BANK UTK DI MENANGI !!!
    Menyediakan hadiah: 4 unit Power Bank 10,000mAh
    Jemput join kalau free :)

    BalasPadam
  3. Ikhlaskan diri, support dari keluarga dan rakan semoga semuanya bertambah berkat rezeki bertambah-tambah murah, TAHNIAH Kelab Blogger Ben Ashaari.

    BalasPadam
  4. tahniah abg ben utk kerja keras selama ni ! ;) eh rasa mcm lama tk masuk sini sbb baru perasan header dh bertukar, hihi

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Tahniah ben dan #kelabbloggerbenashaari

    BalasPadam
  6. tahniah abg ben .. juga #kelabbloggerbenashaari :)

    BalasPadam
  7. Tahniah !! Semoga terus berkekalan...

    BalasPadam
  8. salam bro ben... dah lama rina tak terjah sini..well, dulu masuk sini tu nick name eena arrina ,tu pun kalau bro ingat lagi.. yg ada buat entry kutuk bro dlu2..haha. itu maybe zaman kanak2 kan..sekarang rina kembali guna nama sendiri dan kmbali berblogging.. :) bru terjah sini.. btw, i love ur blog bro!

    BalasPadam
  9. Asalam bro Ben..tahniah ya, mestilah happy turut happy dengan kejayaan KBB..syukran

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. Tahniah KBBA.. moga terus melangkah maju kehadapan. Yang mana nak anti,boikot bagai.. jadikan semua tu sebagai kekuatan untuk buktikan pada mereka KBBA bukan setakat pung pang pung pang kat laman sosial. Insya Allah selagi KBBA berada di atas landasan yang betul, perjuangan tidak terpesong saya akan terus menyokong walau sekadar mampu sokong di alam maya jer

    BalasPadam
  11. Tahniah...
    Semago lebih maju..
    Kelab blogger ben Ashaari...

    BalasPadam
  12. Ok dah boleh daftar ahli... Hehehe

    BalasPadam
  13. Tahniah abag ben.. Tahniah KBBA...
    Chayok.. chayok.. chayok.. semoga lebih maju pada akan datang..

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah .. Tahniahh KBBA !!!!

    BalasPadam