Beza dua anak blogger !!

 

Ni Zahra !

 

Ni Mikhail .. anak blogger Dkna dan suaminya yang kacak itu.. Eceh.. Hahaha ..

Kenapa ? Apakah isunya ?? Hehehe.. Ari tu , Dkna mengadu la.. si Mikail ni , malam tidur nyenyak ! Tak nak main nak mak ayah dia .. hehehe..

Zahra lak ??? Zahra ? Zahra malam , berjaga.. Ajak mak ayah dia bermain tapi sayangnya , mak ayah dia lak nak tidur ! Penat wehhh.. hahaha ..

Zahra , aku jaga sendiri.. Maka siangnya cukup nyenyak tidurnya ! Cukup nyenyaakkkkk ! Ini disedari oleh kak Yati Kapoor yang biasa jaga anak kecil yang mana menurutnya , kalau budak banyak tidur siang , malamnya berjaga .. dan budak kurang tidur siang , malamnya … tak yah cakap la kannn.. confirm lena !!

Hahaha.. Terbalik sudah ! Si Dkna ajak bermain .. Si mak Zahra , cukup masa .. jom tidur ! Bukan tak nak main dengan anak tapi dia selalu bangun jam 4 pagi untuk siapkan keperluan keluarga terutama anak anak .. Sebab tu kena  tidur awal.. Dan bapak dia , siang hari dok jaga diorang kan.. huhu .. Dapat lelap jap pon dah syukur ! Huhuh…

Tak kisah la.. janji anak anak sihat kan ?

6 ulasan:

  1. confirm balik malam kang, bapaknya ajak maknya tidur awal.. #ehhh.. hahhahaaaa

    BalasPadam
  2. pusingan tido dia nanti akan perlahan2 berubah insya Allah

    BalasPadam
  3. Insha Allah semakin membesar semakin memudahkan ^_^

    BalasPadam
  4. Masa kecik mmg camni la Aben ..Waktu tdo diaorg tak macam kita ..Nanti dah besar blh la atur masa tdurmereka..

    BalasPadam
  5. Assalam abg ben,
    sha time tido anak, ibu & ayah dah tetap dah..
    asai koi 9.30pm atau 10pm ja teruih moh3 kita bubum moh3
    ateh katil NO Talking ONLY Sleeping hokeyh he3
    5-10minit teruih tiga2 beranak hanyut gitew he3

    BalasPadam
  6. anak permata berharga kan... :) memang syiok layan kerenah budak kicikkk... aku takde rezeki lagi.. hihi

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009