Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Oktober 2014

Bila lama tak bersenam !

 

Tak sempat dah nak gi gym skang ni.. Ditambah dengan kenaikkan harga petrol , membuatkan selera aku nak bersenam di gym .. terbantut sama sekali !

Walaupun kat rumah ada peralatan bersenam , nak curi masa tu payah. Bila aku naik je atas , Qhaliff ikut.. Kalau dapat lari pon , dia dengar je bunyi besi .. terus panjat tangga ! Hurmm.. Nak tak nak , kena turun balik !

Bila dah ada no 2 ni … nak kena gilir gilir lak jaga.. Dengan nak update blog lagi ! Hurmm.. Ni bukan alasan untuk tidak bersenam ! Nak tak nak aku kena jugak memandangkan usia pon nak cecah 40 dah tak lama lagi.. Er , lama lagi yer.. hehehe ..

Terpandang je gambar ni di Facebook , aku terus rasa gerun ! Kenapa ? Dalam keluarga aku ada penyakit kencing manis dan darah tinggi… Aku ada dah darah tinggi.. Kencing manis ? Aku mmg jaga makan.. Yang menakutkan aku ialah sakit jantung ! Hurmmm..

Amacam ? Sekarang ni penyakit dah tak kira umur.. Muda muda pon ada kencing manis , darah tinggi dan sewaktu dengannya ! Hurmm.. Nak salahkan sapa ? Sendiri yang tak jaga ..

Ada yang pegang falsafah , makan selagi sihat ! Nanti dah tak sihat .. nak makan pon takde selera .. Hurmm.. Bagi aku , pepatah tu tak leh pakai .. Bersederhanalah.. tu jer ..

Nak kena kuatkan azam ni.. Dah la minggu ni ada photoshoot dengan majalah Maskulin.. Hurm.. perut ? Adehhh…

3 komen :

Ummi Hanifah Abd Halim berkata... [Reply to comment]

saya sangat setuju. Penyakit sekarang ni tidak mengenal usia mahupun keturunan. Susur galur takde kanser pun boleh kena kanser juga.
Kalau dulu, gout hanya utk lelaki 40an dan keatas, skrg seawal usia 20an pun dah kena.
Pemakanan dan gaya hidup sihat sangat memainkan peranan penting.
http://sihatlindungselamat.blogspot.com/

DrSalwa Hassan berkata... [Reply to comment]

Assalamualaykum,
Inilah sebenarnya yang kita perjuangkan dalam menyumbangkan artikel-artikel yang bermanfaat membantu mengenali,memahami dan bertindak apabila telah mendapat simtom awal.Sejak 2008 hingga kini kami rasa ramai yang hanya berminat untuk kelihatan cantik dan kuat tetapi lupa tentang satu perkara iaitu kemudaratan dan kesan sampingan.

DrSalwa Hassan berkata... [Reply to comment]

Assalamualaykum,
Inilah sebenarnya yang kita perjuangkan dalam menyumbangkan artikel-artikel yang bermanfaat membantu mengenali,memahami dan bertindak apabila telah mendapat simtom awal.Sejak 2008 hingga kini kami rasa ramai yang hanya berminat untuk kelihatan cantik dan kuat tetapi lupa tentang satu perkara iaitu kemudaratan dan kesan sampingan.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI