Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 8 Oktober 2014

Bjorn Baby Carrier One atau ?

 

“ Baik beli xyz dari guna yang tuu.. “.

Atas sebab apa aku kena beli tu ? Semata-mata ramai kata bagus ? Kalau yang tu bagus , yang lain tak baguskah ? Perghhh.. Jangan la gitu..

Aku dah baca pelbagai pendapat , review dan paling penting .. aku kena alaminya sendiri sebelum beri jawapan.. Aku bukan jenis yang .. hurm..

Ohhh .. yeke ? Ok , ok… nanti saya beli… “.

Dulu mungkin … Setelah bertahun aku buat review mengenai pelbagai produk , sebaiknya aku ‘rasai’ dari terus percaya ! Kenapa ? Segalanya adalah ‘bisnes’ ! Maaf yer.. Aku payah nak percaya .. Sebab masing masing dah buat kajian ! Dan punya kelebihan tersendiri ..

Ketika nak cuba pakai Baby Carrier One dari Baby Bjorn ni , Zahra menangis.. Bila letak dalam tu , dia terus diam.. Hurmmm .. Apakah dia sesuai ? Aku lom boleh kata ..

“ Oh , ok…. ni sesuai untuk Zahra ! “ .. sebab aku belum pakai dengan sempurna. Kena setting betul betul kedudukan dia.. Baru boleh tahu camana..

Tapi apa yang pasti , Baby Carrier One ni lebih selesa berbanding baby carrier  yang aku pakai dulu. Kalau diperhatikan , sememangnya ada perubahan pada rekabentuk terutama di peha bayi.. lebih terletak dan selesa !

Zahra ( gambar atas ) lebih rileks berbanding  , abangnya ( gambar bawah ni ) satu tika dulu , tergantung kakinya ! Itu perubahan yang ada selain pelbagai lagi kelebihan yang ada pada baby carrier ni ..

[IMAG1204%255B5%255D.jpg]

Setiap baby carrier yang original yer.. bukan  tiruan yer .. Ada kelebihan masing masing ! Terpulang pada kita menilainya sendiri dengan mencuba terlebih dahulu ! Bukan main dengar cakap orang dan akhirnya ..

“ Saya ada jual.. nak beli ke ? Saya agen …” .

Hurmmm… Apa pun , hak masing masing .. Menasihati tu bagus tapi biarlah kita berpengalaman dengannya.. Contoh gini yer ..

“ Aku dah guna Samsung , Htc dan Sony… Dan aku lebih suka guna Sony sebab… bla bla bla.. “.

Bukannya terus menidakkan produk keluaran lain.. Atas alasan apa ? Sebab orang kata gitu ? Huh… Aku pasti setiap syarikat ada pakar masing masing .. kan ? Aku bukan pakar .. sebab tu aku kena lalui sendiri.. Letak Zahra dan tengok responnya.. Kalau dia suka , dia tak buat karenah.. Dia buat karenah , aku dalam ini blog juga bagitau .. carrier ni tak sesuai dengannya ! Mudah bukan ?

Ada kawan tanya kat mana nak beli Bjorn Baby Carrier One ni .. Boleh dapatkan di Mothercare berhampiran yer ..

Gambar bawah ni antara posisi yang sesuai untuk si kecil ! Nanti aku nak try dan aku akan ceritakan pada korang ! Jangan risau aihh.. Kalau ok , aku cerita ok.. Kalau tak , aku bagitau tak .. Ok ? Jangan marah yer .. Yang penting , kita kena bersikap terbuka ! Jangan terus pangkah produk lain walhal kita tidak berpengalaman dengannya ! Jangan amalkan gitu..

Diulangi , setiap produk ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri ! Ok ? Hee.. kang ada yang merajuk tak nak baca dah blog aku.. Aku terima pandangan korang tapi jangan la cepat menjarum aku ye .. Biar aku try pakai dulu.. Aku bukan pakai berjam jam lamanya..

7 komen :

safurara berkata... [Reply to comment]

bjorn best,tapi mahal.best kalau dpt.

Mrs. Amad berkata... [Reply to comment]

bro ben dah join group fb malaysian babywearers ke?kalo belum..jemput joinnn...

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

tak pernah walau sekali dukung baby macam tu.. semua diuruskan oleh en. suami.. hehehe.. comel je tengok bila en. suami yang bawak anak macam tu.. ;)

Ben Ashaari berkata... [Reply to comment]

Dah..saya dah keluar dah pon..

monalita mansor berkata... [Reply to comment]

moral of the story : jangan kondem pendapat orang lain tanpa bagi solusi dan fakta.

baby comel berkata... [Reply to comment]

saya xdapat bayangkan bila suami pakai baby carrier ni. Almaklumlah dia tu anak bongsu lelaki tunggal. Xpernah ada pengalaman jaga even nak dukung budak. hahaha, harap2 utk baby yg bakal keluar awal tahun depan ni dia boleh la handle dgn adanya baby carrier ni. =)

UmmiAbi berkata... [Reply to comment]

Betul....saya pun ade baby carrier jenis crotch carrier ni.. Tapi saya dapat tahu kedudukan baby tidak betul apabila menggunakan baby carrier ni. Ianya terjadi bila kawan anak mengalami hip dysplasia kesan dari penggunaan crotch carrier ni(ini kisah benar ye). Then sejak itu saya gali ilmu. Rupanya penggendong pun kena berilmu. Crotch carrier memang penyebab hip dysplasia. Boleh google kenapa crotch carrier BIG NO kpd baby.. Kesian tulang kaki baby... Saya sekarang hanya confident dengan SSC(Soft structure Carrier). Google & lihatlah perbezaan besar pada Crotch Carrier & Soft Structure Carrier. Anak kawan sy sekrang folo up fisio.huhu... Tulang kaki baby kita sangat lembut...Dari kecillah kita perlu jaga. Jadilah parents informed decision. Bukan sbb nak promote or dgr cakap org. Tapi gali ilmu kerana kasih syg anak. Moga bermanfaat..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI