Blogger paling pemalu di dunia !

 

“ Bang .. ni la blogger terkenal  ! “.

Masa tu wife bangga giler la bila nampak blogger ni tinggalkan komen di blog aku. Aku tergaru kepala .. Takkan la sampai tahap gini punya ‘ kagum ‘ bila ada blogger terkenal mai komen.. Blogger je pon !

Hari demi hari demi hari .. aku berblog dan makin ramai kenalan di kalangan blogger… semakin seronok nak berblogging. Dan blogger yang terkenal di pelusuk dunia itu , sudah pun jadi sahabat di dunia maya ini..

Dari dunia maya , akhirnya bertemu empat mata ! Wowwww .. Hahaha.. Teruja uuuuu !! Maklumlah , nak jumpa blogger paling susah nak dijumpai spesisnya ini.. Spesis pemalu ! Nak nampak rambut pon payah ! Nampak jari tangan je selalu .. Haaa..

Dan bertemu juga di rumahnya ! Bersaksikan keluarga aku , blogger tersebut mmglah amat pemalu orangnya ! Wife sendiri pon akui yang beliau sangatlah pemalu.

Kenapa aku kata gitu ? Sebab bila borak , dia asyik pandang ke lantai sambil jari jemarinya mengentel kain alas meja ! Haaa kauuuu ! Tak caya ??? G la beraya rumah dia tahun depan ! Confirm abis alas meja dia buat gubahan punya ! Malu punya pasal !

Tapi dalam dalam malu tu , tetamu yang hadir akan pulang dengan puashati ! Tu yang bagusnya blogger pujaan gadis seantero dunia ni… Single lagi ! Ramai mak mak dara berkenan.. Dia tak nak kawin lagi katanya .. Nak simpan teruna tu elok elok.. Sampai masa , jumpa anak dara yang berjaya membuka hatinya , maka teruna itu pasti miliknyaa.. Auuwwww…

Aku tau , korang tau sapa yang aku maksudkan kan ?  Tapiii pernahkan korang melihat gambar dia bersama aku ? Ahaa.. masa tu dia bergambar dengan aku.. mata dia tak tau nak pandang mana ! Malu gituuuuu .. Maklumlah , bergambar dengan jejaka kacak .. kan ? Hahahaha ..

Ok ok.. nak tengok gambar dia ? Aku tak pernah dedahkan gambar ni pada mana mana rancangan tv gossip atau majalah mangga asam boi sekali pun ! Haaaa.. Jadi untuk kali ni , aku uppppp gambar dia .. Khas untuk korang yang sibuk sangat nak tau ! Haaa.. Jom tengok gambar dia sebelum dia delete !! Klik SINI ..

Tengok dah ? Kan aku kata dia pemalu.. Tak cayaaa ..

19 ulasan:

  1. Entri ni aku rasa lucu. huhuu...entri abg ben selalu best! Even tho hanya gmbar haaha dari mual2 buka blog (2009) sampai buat blog baru tetap melawat blog abg ben huhuu....

    BalasPadam
  2. owhhhhh pemalu rupenye siDIA 2 hehehe...saya pon pemalu tp jujur haha

    BalasPadam
  3. Hahaha!
    Simpan tau teruna tu elok elok CMG! Bagi sama gadis pojaan hati!! Nanti jemput kengkawan yer! Hehehe

    BalasPadam
  4. Malu sgt ker.. Baru nk berkenalan..huhu

    BalasPadam
  5. Heyyy...ada ke gentel alas meja pulak...hahaha...

    BalasPadam
  6. Haha terjwap sudehh.. nk tau dia pak cik mat tu single or dah berkahwin..ooo singgle ag rupnye.. heee..alamak pemalu eh..2x5 abg ben lew mcm tu :p

    BalasPadam
  7. Hahaha....maluuu laa tersangat kaann.... adehh, Ben ni..mna ada Mat gentel alas meja...Mat selalu gentel kuih tart nyonya je laaa....hehe

    BalasPadam
  8. Comel je tang gentel alas meja..hahaha

    BalasPadam
  9. Ooooo PCM pun pemalu jugakkk.hihihi

    kakaka gentel kain alas meja :p

    BalasPadam
  10. MANE GAMBAR CHE MAT ABG BEN?X JUMPE PUN...TERINGIN GAK NAK TGK...

    BalasPadam
  11. Orang kata 'shy shy cat' rupanya nii. Haha.

    BalasPadam
  12. Haha beria baca na kenal gak mat gebu ni..memang pemalu ghopenya..

    BalasPadam
  13. Ala..excited saya nak tgok pic tu.. saya pun minat sgt kt mat tu. Minat plus amat kagum. Leh x nk ikut jumpa mat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009