Lepak di Restoran Upin Ipin , Ayer @8 Putrajaya

 

Disyorkan oleh bro Zaini yang juga salah seorang blogger #kelabbloggerbenashaari untuk bawak Qhaliff ke sini. Katanya makan kat sini , santai.. Rileks.. Suasana pon best ! Budak mesti suka.. Hurmm..

Dan petang tadi , aku sekeluarga ke sini .. Ternyata benar kata Zaini.. Qhaliff suka lepak sini .. Dia tak merayau pun. Duduk je atas kerusi dia dan ditangan kanan dia ada ayam goreng ! Ala ala Upin Ipin dah.. Hahahha..

  

Kalau gi hari cerah , mmg best la budak budak ! Leh lari sana sini.. Suasana yang menarik …

Makanan ? Harga agak.. Hurm.. Putrajaya ! Nak kata apa kan ?

Bagi aku , ok la tempat ni.. Staff pon ramah jer .. Cuma kalau boleh , makanan tu kena lebih ‘meriah’ lagi.. Terutama untuk pikat anak anak makan dengan lebih berselera.. Oh ya, mmg Qhaliff makan banyak tadi.. 2 ketul ayam goreng bahagian peha tu.. Mintak sikit pon tak bagi ! Hurmm..

4 ulasan:

  1. Shah alam pon ada rasanya kan

    BalasPadam
  2. mana badan tak debab...! hahahhaa... budak2 tengah membesar... memang makan jelaa... alhamdulillah...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.