Masakan isteri gagal hari ini !

 

Nasi arab kari kambing ! Bau dah menyelerakan.. Kari dah nampak menyengat .. Tapi kenapa aku kata gagal lak ? Wife sendiri tidak menafikan.. Kesilapan menggunakan rempah kari yang dapat free , sebagai bahan percubaan menyebabkan kari tu rasa terlalu pedas ! Pedas hingga mampu kebaskan bibir !!! Haaa.. bayangkan kalau hirup kari tu !! Usus confirm perlu diikat.. Perut lama dah diikat.. Bukan pak menteri je pandai ikat perut tapi aku lama dah ikat perut .. haa..

Disebabkan kari terlalu pedas , maka terus kari kambing hari ni .. diistiharkan gagal.. Ratah kambing je la jawabnya.. huhu… dan rempah kari tu , wife masukkan ke dalam tong sampah ! Sebelum ada yang sakit perut..

Nasi pulak apa masalahnya ? Nampak cun dahhh.. Menurut dia , bahan yang dia panggil saffron .. tiada dalam simpanan.. maka dia cuba gak buat namun rasanya tidak seperti yang dia kehendaki..

Walaupun bagaimana pon, aku tetap makan sampai abis.. Cuma kuah kari tu jer aku tak berani nak hirup.. huhu…

Tak pee… ini namanya belajar memasak.. kan ? Belajar dari kesilapan..

14 ulasan:

  1. Bljar dri kesilapan..ckp pun percubaan kan ..lps ni msk lg k ..insya allah jadik! :D

    BalasPadam
  2. Tak pa... yg salah kari tu... isteri masak dah sedap dah... haha

    BalasPadam
  3. Ni bukan sebab tak pandai,ni sebab silap bahan,cer kalau betul,mau abis seperiuk abg ben bedal hahahah oppppsss larikkk...

    BalasPadam
  4. saya pun pernah gagal buat kari sebab rempah.. geram je rasanya. hahahaa

    BalasPadam
  5. Xpa... Kalau Cuba byk Kali nnt akn jadi sedap jgk

    BalasPadam
  6. puas kalau dapat makan masakan isteri....rasa yang kurang sikit2 tu tolak je ketepi tapi kalau dah ada kesilapan teknikal nak buat macammana?redha jelah

    BalasPadam
  7. tersilap je..tak gagal pun kan..asal boleh makan, ok..

    BalasPadam
  8. Betul sy pernah guna kari **ab* kari jadi xsedap n mak mertua soh pakai *aba* baru sedap sikit hehe

    BalasPadam
  9. Saya pun kadang masak sedap, kadang masak hampeh... kata suami sayalah... hihhi...

    BalasPadam
  10. kelakar kalau ingat pasal isu 'ikat perut' ni...hehehe..

    BalasPadam
  11. takpe. usaha itu tangga kejayaan :)))

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009