Pandangan anak-anak tentang masalah penceraian ibu bapa

by - Khamis, Oktober 23, 2014

 

Aku terima satu email baru-baru ini .. Aku kongsikan di sini yer ..

 

Salam Abang Ben Ashaari ,

Saya ada terbaca satu post abang dekat blog pasal “Akhirnya bercerai juga”.Saya terpanggil nak bagi pendapat saya tentang isu ini.Seperti yang kita faham,memang betul ramai pasangan berkahwin mengambil langkah untuk bercerai semenjak kebelakangan ini.

Seperti yang kita dapat lihat,bila ada pasangan yang bercerai je mesti akan ada komen-komen seperti:-

1)Kenapa bercerai?

2)Kenapa ego sangat?

3)Kenapa pentingkan diri sahaja?

4)Tak ingat anak ke?Tak kesian anak ke?

Itu sudut pandangan masyarakat untuk pasangan yang bercerai berai.Tetapi jarang kita dapat lihat pandangan anak-anak tentang masalah penceraian ibu bapa mereka.

Saya dibesarkan oleh ibu saya dimana dia merupakan seorang ibu tunggal.Ibu bapa saya bercerai sewaktu saya berumur 6 tahun.Memang benar saya tidak faham ketika itu.Saya akui jua bukan senang untuk hidup tanpa seorang ayah.Paling susah bila dekat sekolah bila kawan-kawan,cikgu semua tanya mana ayah,kenapa ayah tak duduk sekali.

Waktu bersekolah dulu memang saya akui hidup saya agak tertekan dengan masalah penceraian ibu bapa saya.Waktu tu memang saya anggap ibu bapa saya bercerai kerana tidak suka saya.Saya juga amat membenci diri sendiri dan saya juga membenci pada ibu bapa saya.Tetapi bila saya semakin dewasa,saya cuba melihat penceraian ini dari sudut positif.Saya cuba memahami masalah ibu bapa saya.Ibu bapa saya bercerai kerana tiada persefahaman.Saya lihat dari sudut positif,mungkin mereka terpaksa bercerai kerana ini adalah jalan yang terbaik buat kami sekeluarga.

Saya terima penceraian ibu bapa saya kerana tahu mereka sangat menyayangi saya.Saya tahu mereka inginkan yang terbaik buat saya.Jika mereka masih bersama sekarang ni dan jika mereka masih tidak dapat penyelesaian masalah persefahaman mereka,adakah mereka mampu memberikan kebahagiaan sepenuhnya kepada saya?Adakah mereka mampu untuk menggembirakan saya jika mereka sendiri tidak gembira?

Tidak semua penceraian mendatangkan keburukan kepada anak-anak.Terlalu ramai yang menghakimi pasangan yang bercerai kerana hanya mementingkan diri sendiri sahaja.Mereka tidak lihat dari sudut yang berbeza dan tidak fikir untuk kesan jangka panjang.

Pada pendapat saya,stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap kami (anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang bercerai) yang menyebabkan kami berasa rendah diri dan merasakan masyarakat membenci kami.Kami dihakimi dengan pandangan budak yang mendatangkan masalah kepada masyarakat.Ini adalah perkara yang benar Abang Ben.

Saya sendiri pernah dibenci oleh ibu bapa kawan-kawan saya kerana ibu bapa saya bercerai.Mereka melarang anak-anak mereka untuk berkawan dengan saya kerana mereka kata saya anak bermasalah dan jahat.Saya dikeji dengan bermacam-macam panggilan hanya kerana ibu bapa saya bercerai.Dan yang paling menyedihkan bila saya dengan bekas kekasih tidak mendapat restu dari ahli keluarga dia kerana saya datang dari keluarga bermasalah hanya kerana ibu bapa saya bercerai.

Penceraian ibu bapa saya lah yang menyebabkan saya semakin kuat untuk berdiri di atas muka bumi ini dan membuktikan pada dunia walaupun saya datang dari keluarga yang berpecah belah,saya juga berjaya seperti anak-anak yang lain.Tidak semua yang datang dari keluarga yang bermasalah juga akan menjadi masyarakat yang bermasalah.

Ini hanyalah cerita dan pendapat saya sahaja.Email ini juga tidak bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Terima kasih.

You May Also Like

6 comments

  1. Suami saya juga mrupakan dari broken family. Ada jugak yang tanya saya "tak takut ke kawin dengan org dari broken family? Takut kau pun kena skali." Sampai macam tu sekali pemikiran mereka.

    BalasPadam
  2. Betul. Saya juga ada pemikiran bahawa suami isteri yang bercerai ada masalah dan menganggap ianya agak pelik pada mulanya. Padahal, bersangka baik itu kan baik. Mungkin penceraian adalah jalan penyelesaian kepada masalah mereka, yang terbaik buat mereka.

    BalasPadam
  3. biasa macam tulah.... cuma tak sepatutnya anak2 pasangan bercerai ni yang dijadikan mangsa. parent saya pun bercerai juga.memang awal2 tu susah nak terima... mulut orang lak mengata kadang melebih2 sangat...maaflah, tapi tu kenyataan...

    BalasPadam
  4. Masyarakat yg memberi tekanan, samalah isu kahwin lambat /membujang, tudung/aurat dan sebagainya. Saya pernah memberitahu seorang pelajar saya 'you are lucky' bukan semua orang di usia muda tempuh pengalaman begini...ini boleh buat kita lebih matang. Makcik saya juga bercerai hidup...anak-anak semua berjaya, makcik saya juga tak pernah memburukkan bekas suami walaupun 'hilang begitu saja' tanpa nafkah! Anak-anak pun tidak membenci bapa...mencari, menjaga dan menerima dgn tangan terbuka.

    BalasPadam
  5. ben akak juga dari keluarga yang bercerai berai... akak sedari kecik dibesarkan oleh arwah mak dan ayah tiri akak... tapi alhamdulillah... arwah mak tak pernah pisahkan akak dengan bapa dan kakak2 akak... selalunya kami guna kaedah pertukaran... akak dihantar ke KL dan akak2 akak ikut giliran ke rumah mak pulak diperlis bila cuti sekolah... akak pandang masalah ini jadi serius kalau ibubapa yang bercerai berai tapi masalah tetap dibawa bersama dan anak-anak ikut sama terbabit tapi bila ada persefahaman dalam perbincangan anak-anak tiada masalah...

    BalasPadam
  6. pandangan masyarakat terlalu negatif pada keluarga yang bercerai ni padahal bukan semua anak2 dari keluarga yang bercerai tu bermasalah.. segelintir yang bermasalah. Ibu bapa bercerai bukan alasan anak2 untuk jadi kurang ajar.. saya pernah baca 1 blog yang seolah2 menyalahkan mak bapak dia bercerai sehingga dia menjadi seorang anak yang tak terdidik kasar & kurang ajar. Biarpun tidak secara terus dia menyalahkan mak bapak dia.. tapi setiap kali isu sikap dia di bangkitkan dia akan kaitkan dengan alasan mak bapak dia bercerai. kesian saya dengan mak bapak dia even hubungan dia dengan mak bapak dia masih rapat tetap dia seolah2 memperlihat atau bercerita dengan orang lain tentang kegagalan & kelemahan mak bapak dia dalam mendidik dia.

    BalasPadam