Pengorbanan daddy !

 

Pukul 2 pagi ! Qhaliff masih belajar membuka langkah atau kuda kuda teknik mempertahankan bumi dari ancaman raksasa ! Daddy hanya mampu melihat saja .. Sesekali daddy diserang.. Layankan aja Qhaliff tu sementara belum ada awek. Nanti dah ada awek , daddy pon tak dikisahkan lagi. Terpaksa daddy bukak langkah atau kuda kuda kat ibu Qhaliff lak ! Huhuh.. Awek ??? Jangan mengatal aihhh !!

“ Qhaliff, gi tidur kat ibu.. “ .

Terbantut terus ! Baru nak bagi buah tendangan tanpa bayang .. dah kena halau masuk bilik.. Dan dia pon masuk la ke dalam bilik .. Tak sampai 10 minit , lenaaaa ! Tu pon sebab dapat ‘susu original’.

Dan Zahra ??? Aku terdengar suara dia .. Membebel seorang diri.. Aku masuk ke dalam bilik.. Cerah laaa mata diaa ! Senyum riang nampak aku masuk .. Adeh .. Wife ? Tenaga tinggal 10% ! Dah tak larat nak tahan mata..

Wife bangun , keluar.. tidur kat depan ruang tamu. Ada aircond. Panas kot dalam bilik ? Hurm.. Qhaliff dah selamat.. Aku pun join sama la..

Namun Zahra masih belum nak tidur ! Bising mulut dia.. Akhirnya aku pasang tv dan on youtube ! ABC la jawabnya .. Dan terus dia diam !! Huhuhuh.. Pasang dalam setengah jam , aku tutup.. Tengok jam .. Dah hampir jam 4 pagi !

Aku kejut wife dan mintak dia susukan Zahra. Zahra dah nak tidur ! Aku tau ler camana dia kalau nak tidur .. huhuuh.. Dan memang pon dia terus tidur lepas wife susukan dia..

Jam 10 pagi.. Dua dua masih lena tapi daddy , dah jaga sejak subuh tadi ! Ngantuk tapi apakan daya.. kena jaga Zahra yang tidur dalam buaian..

Aku letak zahra dalam buaian belah pagi. Belah malam , tidur kat tilam jer…ngan mak dia… Hurmmm .. Masing masing masih lenaaa ! Dan aku hanya mampu melihat saja ..

Tak pe la.. demi anak anak .. huhu ..

3 ulasan:

  1. ntah macamana harini masa dalam perjalanan pergi kerja, boleh terfikir, ben ashaari & kelabnya masuk radio. terbayang johara di era plak.

    BalasPadam
  2. tak pe la daddy nanti dah besar ... qhaliff and zahra jaga daddy :)

    BalasPadam
  3. Pengorbanan seorang ayah.. Moga Qhaliff dan Zahra menjadi anak2 yg soleh dan solehah. Aamiin...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009