Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 22 Oktober 2014

Perlunya beriadah sesekali !

 

Bangun awal pagi , dah terus mulakan tanggungjawab.. Tidur , lewat malam ! Kekadang kul 3 –4 pagi ! Apatah lagi sekarang ni , Zahra dan Qhaliff gemar terjaga dan payah nak tidur awal di malam hari ! Ada sampai kul 3 pagi pon ada. Pukul 6 bangun dah ! Pastu berterusan hingga malam hari .. Sambil sambil update blog dan uruskan anak ! Diri sendiri , terus terang .. terabai !

Tidur tak cukup .. Kalau dapat tidur pun , tidur tidur ayam di sofa dengan kedudukan struktur badan yang tak betul .. Akhirnya dapat sakit belakang ! Hurmmm..

Ditambah dengan ‘hari hari duduk dalam rumah’ , sesiapa saja yang bergelar suri rumah pasti akan tertekan ! Tak berdunia dengan orang lain !  Tiada teman nak berborak.. Nak bertandang ke rumah jiran ? Hurmmm ..

Kadang kadang , pasangan kita perlulah lebih prihatin. Keadaan mental pasangan kita perlu dititik berat ! Kenapa ? Mereka yang bergelar suri rumah ni , sesekali perlulah diberi rehat .. Kasi refresh semula tenaga , mental kasi free..

Contohnya , aku sendiri ! Memang seronok jaga anak anak.. Tapi aku bukan sekadar jaga anak di rumah. Aku kena cari duit juga . Bukan seratus dua ringgit tapi beribu untuk sebulan ! Banyak nak kena cover.. Duduk rumah tapi income nak kena beribu ? Perghhh.. bukan mudah kan ?

Kalau terlalu tertekan , maka ..

Pintu bilik jadi mangsa .. Hurmm .. Dan tangan sendiri jadi luka ! Haihhh..

Pentingnya beriadah dan rehatkan minda .. Jangan biarkan hidup kita jadi macam robot ! Hari hari , rutin sama .. Cari duit untuk bayar hutang ? Di mana kenikmatan hidup ini ???

5 komen :

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

24jam dalam rumah memang nak keluar jugak at least seminggu sekali.. kalau tak keluar tu hurmmm.. rasa sentap jugak.

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

Abg ben kene rehat...amik angin luar

Dayana Bahar berkata... [Reply to comment]

Senyum2

Bihah berkata... [Reply to comment]

saya dah follow blog ini kalau sudi follow balik,terima kasih
http://bicarabihah.blogspot.com/

Ratu Nutrisi berkata... [Reply to comment]

stress wooo kalu terperap je... boleh meroyan dibuatnya.. huhu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI