Qhaliff sengaja cari pasal !!

 

Sedap sungguh dia duduk dalam ni.. Sampa dah buat hak mutlak dia dah Bugaboo Bee ni ! Walhal ni Zahra punya .. Tak pasal pasal kena dukung Zahra jer.. Dah la ‘makcik’ tu ngantuk sangat… Hurmm..

Masuk Parkson.. Dia buat hal.. Meraung kaw kaw punya.. Serupa macam orang kena culik lak gayanya.. Abis semua orang dok tengok aku.. Aku tahan geram je ni…

Punca ? Tak tauuuuuu.. Wife kata dia nak tolak stroller tu.. Adik dia ada dalam .. Aku tak berani la.. Hurmmm… Bila tak kasi , dia punya menangis , memang non stop action punya…

Kesannya.. aku jadi geram giler kat dia ! Akhirnya aku bawak dia keluar dari situ.. Gi Cold Storage yang terletak sebelah Parkson.. dengan harapan , dia diam.. Dan memang dia diam laa..

Tapi bila nampak wife datang dengan Zahra , dia kembali ‘meracau’ ! Grrr… Akhirnya tau kenapa ! Sebab Zahra dalam stroller tu !! Dia nak duduk dalam itu stroller laaa… Mana boleh orang lain duduk.. Dia je nak duduk ! Hurmm…

Letak dia dalam stroller , terus tenang dia .. Haihhhh..

4 ulasan:

  1. umur qhaliff dh brape thun?kalau 3thun memanh time fasa die la..ank ida pun sama.sejak die umur 3thun ni..mula buat prngai..menangis xtntu psal..nk dukung la,dok kt tmpt baby la..

    BalasPadam
  2. Sabar jelah abang ben.. kekadang bebudak nih jeles, nak perhatian, dan macam lagi.. sukar nak duga kerenah diaorang..

    BalasPadam
  3. Die jeles dengan Zahra lettew...

    BalasPadam
  4. hahaha.nakal ek qhalif ni. dia jeles la tu sb zahra dapat keistimewaan lebih sikit jek.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.