Semuanya nak ‘free’ !

by - Khamis, Oktober 23, 2014

 

Dugaan blogger macam aku ni banyak wooo ! Antaranya ? Heheheh.. Antaranya eh ? Hurmmm.. Nak mintak review mereka punya produk tapi menariknya tiada bayaran ! Kiranya bagi produk saja dah mencukupi !!

Hurm… Ingat nak dapatkan followers atau pembaca berkualiti ni mudah ke ? Pembaca berkualiti ??? Eh , ada ke ?? Adaaaaa.. pembaca berkualiti ni bagi aku , mereka setia ikuti setiap penulisan kita tanpa kita sapa kita .. tanpa kira rupa , fizikal sebaliknya mementingkan isi kandungan blog .. Selain dari itu , pembaca berkualiti yang aku kategorikan ini ialah  mereka punya kuasa untuk membeli apa jua produk yang kita reviewkan !

Dah la payah nak menyakinkan pembaca. Nak cerita , kena jujur dan ikhlas lagi.. Perghhhh .. Ingat pembaca ni mudah nak ditipu ??? Hurmmm.. Sekali mereka tahu kita ni menipu , mereka akan terus ‘unfollow’ kita !!

Sebab tu ramai blogger kenakan bayaran bila mintak review sesuatu produk.. Amik contoh review makanan.. Banyak kali dah aku dapat jemputan untuk review makanan di hotel dan restoran besar.. Nama grand.. Gempak ! Tapi sebut je kena bayar , terus diam !!

Haahahaha .. Hampeh laaaa… Ingat bagi makan je dah cukup ??? Blogger bukanlah lembu , kawan ! Kasi makan rumput banyak banyak.. Dah mencukupi .. Bukanlah berkira , kawan .. Tapi bergerak pon kena guna minyak.. Masa lagi ! Hurmmm .. Agak agak la kan ?

Kalau blog berkualiti , mmg patut la dibayar ? Ehh .. Kawan , kalau dah terima jemputan tu , nak panggil apa blog tu ? Saja saja dijemput ? Dari beratus ribu blog dalam Malaysia ni , apasal dia jemput beberapa blog jer ? Panggil blogger lain.. Bukak je jemputan tu kat Kelab Blogger , contohnya ..

“ Sapa berminat nak datang makan free pastu buat kerja , di Restoran 7 bintang kami .. sila tinggalkan email ! “.

Aku pasti akan ramai blogger bagi email mereka ! Tapi bila dah buat macam tu , takde kesan .. jangan kata tak berbaloi guna blogger lak yer ! Nak free , maka ..dapat la free !

Beza antara free dan bayar ? Yang free akan datang ‘free free’ jer la.. Datang makan pastu balik ! Yang berbayar lak , datang dan buat kerja !! Takde la datang sekadar untuk ‘bergembira’ saja ..

Hurm..Kadang kadang , ada jugak la team #kelambbloggerbenashaari ni bagi muka. Gi buat review makanan di tempat tempat ekslusif.. Pastu pihak sana pon berjanji macam macam .. Dan aku saja saja laaa menagih janji.. Hehehe.. Terus diam weh ! Hahahaha … Adehh.. Takde jawapan .. Membisu terus !

Semua ni pengalaman bagi aku la..Baik aku deal dengan usahawan kecil dari company yang besar besar ni .. Nak suruh review tapi kedekut nak bayar ! Aparaaa …

Masa , petrol , idea  .. air liur bukan percuma tau ! Nak update blog lagi ! Dah la nak update secepat mungkin ! Demand la pulak suh letak itu ini.. Tulis elok elok.. Kasi ramai baca dan datang .. Amboi..

Fikir fikir la yer.. Nak win – win tu , biarlah adil dan saksama ! Blogger pon kerja .. Awak pon nak kaya.. Apa masalahnya keluar modal skit untuk nak majukan bisnes awak tu.. Kalau takut , jangan panggil blogger datang review ! Ingat , zaman ni .. setiap orang akan gunakan GOOGLE untuk mencari ulasan atau sesuatu review..

You May Also Like

7 comments

  1. Zumal pun setuju sangat2. Kekadang ada yang nak bayar cuma nak nego sampai dah tak logik harganya...

    BalasPadam
  2. kedekut rupanye nama-nama besar ni. rasanya upah review much2 cheaper dari buat beberapa saat commercial ads..

    BalasPadam
  3. yup..bkn mudah nak keluarkan idea untuk review produk..itu semua idea dan perlukan masa

    BalasPadam
  4. kalau nama job review tu memang la kena bayar... lain laa volunteer.... haaa tu citer lain plak...

    BalasPadam