Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 27 Oktober 2014

Tak berminat melancong luar negara !

 

Terpandang cenderahati yang aku beli dari Paris… Terasa rindu di dalam hati ! Hehehe.. Sekarang aku dah tau camana rasanya bila orang kata rindu kat Paris.. Huhuh…

Hurmmm… Dulu aku tak pasang langsung cita cita nak pusing Eropah. Aku lebih suka nak pusing Malaysia dulu baru plan nak ke luar dari Malaysia.. Sekarang ? Hehehe.. Kalau boleehhhh.. esok jugak aku nak gi !

Di Paris ari tu , pertama kali aku pijakkan kaki aku di negara orang , baru aku faham kenapa ramai rakan rakan boleh kata begitu.. Rindu nak gi melancong luar negara ! Antara faktornya ialah merasai sendiri perbezaan budaya negara orang dan negara sendiri . Secara tidak langsung , kita akan lebih sayangkan negara kita sendiri..

Walaupun terasa banyak perbezaan , namun bila berada di luar negara .. kita lebih rasa rileks ! Bolehlah merehatkan kepala otak jap terutama yang semak dengan kerja kerja yang menimbun di pejabat tu .. Maka , sesekali silalah gi bercuti luar negara.. Dalam negara , bila bila je boleh .. kan ?

Seperkara yang aku sesalkan .. kan best simpan duit masa muda muda dulu pastu pusing dunia ! Sayangnya duit abis dok belanja awek jer.. Huhuhu.. Eh , Acah jer .. lalala …..

Serius .. simpan duit masa muda ! Kalau nak gi melancong dengan isteri , gi la masa muda muda .. atau masa berdua .. seronok jalan sana sini … Nanti dah ada anak , leh gi lagi.. kan ? Seronoknya pasti berbeza..

8 komen :

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

memang seronok melancong di luar negara...tiba tiba rindu thailand... #ehhh...

Epi HaHa berkata... [Reply to comment]

Nak melancung... Sekali ptptn x bayor... *.*

zarulfarhana berkata... [Reply to comment]

hehehhe... duit habis time bercinta ja tue..

Iena Eliena berkata... [Reply to comment]

hehe best kan pergi melancong tempat orang (^_~)
tempat paling iena rindu nak pergi lagi Korea.
Tapi PAris tu ada dalam wishlist iena tu
Insya Allah ade rezeki nk kesane (^_~)
jummat nie iena g bangkok
Exiced nk g tmpt org nie :)

Noriza MiracleVitamins berkata... [Reply to comment]

jauh perjalanan abg ben ye kali ni..saya pun simpan hasrat nak jenjalan berdua ngan suami gak

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Zumal teringin tapi rasa macam tak mungkin jew... Hehe ;)

::EIDA:: berkata... [Reply to comment]

baikkkk ida ikut cakap aben g hanimun b4 ada anak kekekkkeehh

Amanina berkata... [Reply to comment]

betul, bila ada di negara org, perasaan sayang pada negara sendiri tu tinggi. Dan nampak apa kelebihan negara yg kita boleh kekalkan dan kekurangan yg kita boleh cuba atasi :D

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI