Video dera bayi di Facebook

 

Tengok video yang baby dipaksa makan oleh pengasuhnya di Facebook ? Apa perasaan korang ? Video mana ? Yang bawah ni.. Tekan la ‘play’ untuk tonton ! Huhuh.. Tak leh kan ? Memang tak leh.. sebab bukan video.

Tapi kalau korang tengok , aku rasa pasti akan ada yang nak gi cari kayu beluti pastu.. gi cari perempuan ni !! Geram kan ? Geram giler aiiihhhh !! Suka suka buat gini kat anak orang ! Kalau anak sendiri tu , tak de sapa nak marah..

image

Hurmmm… Antara sebab utama aku berenti kerja , sebab sebab beginilah ! Tak sanggup aku serah kat orang pastu orang bola bolakan aja anak aku tu !!

Bukan satu dua kes.. Banyak giler ! Ada yang lepas dari tindakan .. sebab ? Banyak sebab … Maka , fikirkanlah sebelum serah anak kesayangan kepada orang yang baru kenal semalam !

7 ulasan:

  1. Ramai yang tanya saya sakit apa orang ni Dr?jawapan saya memang stereotype..gila sementara atau gila yang kekal

    BalasPadam
  2. Kita yang melihatnya rasa tak sampai hati, dia boleh selamba je teruskan. Allahu Allah!! Alhamdulillah Allah takdirkan diri ini menjaga anak-anak sepenuhnya. Rezeki boleh dijemput walaupun dari rumah. Alhamdulillah!!

    BalasPadam
  3. Kesiannya. Kalau tak ikhlas nak menjaga, tak payahlah menjaga. Menyusahkan anak orang jew perempuan nie.

    BalasPadam
  4. patut la bnyk kes baby tersedak la ape... sedih dgn org mcm ni

    BalasPadam
  5. hoi...klau sumbat kt mulut dia cmtu gak apa dia rs?geram aih...grrrrr

    BalasPadam
  6. Tgk gambar tu jer dah menaikkan darah saya abg ben. Lom lagi tgk video nyer. Kalau anak saya lah yg dibuat gitu, mau saja saya sumbat mop basah dlm mulut dia pengasuh tu. Geram tak terkata. Nie lah salah satu sebab hubby tak bagi saya kluar bekerja. Dari anak pertama sampailah dah anak ketiga. Takot sebab2 mcm nie berlaku. Lagi2 byk kes2 yg sampai bawa maut si anak2 kecil. Kesian sgt2. Memang tak suma pengasuh yg mcm tu. Tapi disebabkan yg segelintir yg mcm tu lah merosakkan image pengasuh2 kat luar tu. **sambil type sambil kempas kempis idong nie menahan geram**....

    BalasPadam
  7. Sbb tu la sy trus ttp akaun fb..x sanggup nk tgk..smkin ramai bdk kne dera dgn pengasuh..bnyk pulak video nya...da tertengok..sakit plak hati duk teringat...Allahuakbar..dunia dunia..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI