Karnival UPIN IPIN dikritik hebat !

 

Semalam lalu  depan PICC .. nak ke Ayer@8 di Presint 8. Dalam jam 2 petang gitu.  Sampai depan PICC, aku tersangkut dalam jammed ! Nasib baik aku dah biasa dengan kawasan tu .. Boleh la ikut jalan lain skit untuk elakkan kesesakkan ..

Yang buat aku tergaru kepala ialah.. ramainya orang sanggup parking jauh jauh pastu usung anak kecik mereka dengan stroller atau dukung ! Hanya untuk tengok Upin Ipin dan Ultraman ? Perghhh.. respek arr !

Aku masuk page UPIN IPIN , dan baca komen komen yang ada kat sana .. Hurm.. Geleng kepala jer la. Ada jugak kawan kawan up di Facebook dan luahkan rasa tak puashati ..

Hurm.. Kesian kat anak anak kecik.. Memang mereka beria nak tengok tapi apa guna dapat tengok pastu kena marah ? Kenapa kena marah ? Sebab mak ayah stress laa ! Penat .. Panas .. Berpeluh.. Keluar duit bagai .. Nak bergambar ngan Upin Ipin pon kena bayar.. Beli barangan pon harga entah apa apa .. kualiti ? Hurmm.. Tak tau laa nak kata apa.. Kang kata pentingkan keuntungan , kata aku dengki…

Harapnya pasni penganjur boleh pikir dengan lebih baik .. Buat di tempat terbuka .. cam dalam stadium ke .. kalau plan nak berjuta orang datang la .. pastu kalau boleh , tak payah la nak charge bagai .. takat nak bergambar tu , free dah laa.. Hargai peminat yang dah support Upin Ipin tu haaa…

Rugi skit tak per.. InshaAllah untung banyak ! Buat mcam karnival Jom Heboh tu jer ..

Terfikir gak.. Sapa yang sebenarnya beria nak tengok ? Anak atau ?

14 ulasan:

  1. Aku pergi hari jumaat. Kuranglah sesaknya. Tapi tak ada aktiviti lg. Tp bolehlah setakat nk Bw anak jalan2 jer. Lgpun anak kecik lagi. Tak tau lg nak demand. Nasib baik.

    BalasPadam
  2. Xpergi sbb awal2 dh kawan2 update dlm fb kata sesakla..xberbaloi gi

    BalasPadam
  3. Biasanya mak la yang excited..tapi bila dah payah camtu, hilang semua excited tu sebab suami dah ketap bibir..marah kat isteri..isteri stress, marah anak pulak..anak meragam..panas..sesak..sudahnya, upin ke mana ipin entah ke mana

    BalasPadam
  4. Diorg dh create bad image pada jenama.. nak naik balik bukan mudah.. nk menjatuhkan mudah je.. what's wrong with 'them'?

    BalasPadam
  5. semoga pihak penganjur dpt tingkt lagi.. tapi xsesuai la nk bergambr kena cas

    BalasPadam
  6. Kanak -kanak excited nak tengok ultraman sebenarnya :)

    BalasPadam
  7. Sokong sgt apa yg Ben ckp tu mmg betul pun. Klu tak ada sokongan peminat siapalh mereka. Saya mmg tak planning nk pgi tgok pun sbb dah jangka, karnival tu akan jd "hampeh"

    BalasPadam
  8. Penangan pi karnival smalam, hari ni i demam terus. Memang smalam dengar gak laki bini yang sampai bertengking menyalahkan sesama sendiri, sebab stress bila penat + anak plak meragam tak dpt tgk apa yg dihajatkan. Kami sefamily ni kira nasib baik jugak lah, walaupun penat kena usung anak tp at least dpt gak tgk ultraman tu & si kembar 3 ni happy.

    BalasPadam
  9. 'upin ipin & ottomen' kena learn from mistake lah.

    BalasPadam
  10. makpak excited sebab anak jugak, mana anak yg dah pandai demand nak tgk upin ipin, takkan makpak buat tatau...semua pun sbb nk happykan anak...

    bro ben dipihak yg lain sbb dah 'terkena' so takbleh nk salahkan makpak yg excited banget usung anak² ni dan bukan tau pun keadaan sesak jadi macam tu...

    btw, saya dipihak yang tak pergi pun walau dah plan dan agak excited nak happykan anak...tukar plan je sbb dah tahu keadaan kat sana teruk!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah terkena tp berdasarkan ' borak santai ' dgn mereka , dr situ saya dah mula boikot. ! Sbb tau mereka fikirkan keuntungan semata mata..

      Padam
  11. Salam... Memang tak pergi pun kernival tu sebab dah tahu keadaan putrajaya minggu tu jem... Dengan Formula E lagi... memang tak la nak masuk putrajaya tu.... Lagipun baca entry abg ben macam ada 'sesuatu' so malas nak pergi dah...

    BalasPadam
  12. mujur aku datang ahad dan naik bas

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009