Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 24 November 2014

Kenapa aku benci kereta berlampu HID !

 

Serius , aku sangat benci sangat  !! Kenapa ? Sebab kesan dari pencahayaan yang tepat ke mata aku buatkan aku buta sekejap ! Tak ke itu merbahaya ?

Banyak kali dah kena kat mata aku ketika memandu ni.. Samada berdepan atau ketika memandang ke cermin sisi ! Bila kena je mata aku , terus aku cepat cepat gosok.. Sangat merbahaya !!

Mungkin ada yang tak tau atau buat buat tak tau yakni JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan ) telah bagi amaran pada kenderaan kenderaan yang menggunakan lampu HID ni .. Sila rujuk Penguatkuasaan Terhadap Lampu HID.

Tadi , dalam perjalanan pulang ke rumah .. Dengan hujan , jalan jammed.. tiba tiba kat belakang aku ada sebuah kereta berlampu HID ! Tengok sendiri kesannya bila aku amik guna gambar guna hp.. Ketika ni , kereta dalam keadaan berhenti yer.. Jalan jammed ! Dan aku tak leh nak pandang belakang gara gara lampu ni.. Terpaksa aku tunduk untuk elakkan silau ..

Dan gambar bawah ni , kereta berlampu biasa ..

Dan tengok sendiri .. cermin pandang belakang !

Perghhhhhhhhhh !! Tolonglah tukar yer .. Jangan kerana lampu kereta anda , nyawa orang lain dalam bahaya ! Bergaya tu boleh tapi jangan sampai menyusahkan orang lain ..

6 komen :

Eny Abdullah berkata... [Reply to comment]

Betul la.. Menyusahkan org je.. Mata dh la silau...

Sukma Haron berkata... [Reply to comment]

Alamak...lampu HID...

Maria Firdz berkata... [Reply to comment]

saya pun benci sangat... memang kalau pasang siang pun silau, apatah lagi pasang malam kn...

Sukma Haron berkata... [Reply to comment]

Nie lampu HID yg dipasang secara retorit sebagai aksesori...lampu ini mmg silau mata tetapi jika lampu HID yg dari kilang punya ia tidak silau dan jauh bezanya dari segi kualiti....contohnya perhatikan cermin lampu ori dan yg aksesori retorit...

nursyafinas zainal berkata... [Reply to comment]

Tgk gambar tu je pun da sakit mata . Kawan sya dari tak ada rabun terus kena pakai cermin mata bila drive malam . Semua sebab lampu hid ni lah . Sbab lampu tak memasal dpat rabun silau pulak .

SyazA berkata... [Reply to comment]

Saya pun tak berapa suka, silau lampu tu memang bahay lagi2 macam saya jenis pakai spek mata. Kita nih dah rabun dengan silau lampu tu, memang kena hati-hati la.
Saya memang tak berani kalau drive malam-malam, silau kot.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI