Tugas setiap pagi , pagi !

 

Update blog ? Sebelum kul 7 pagi , aku kena siap sekurangnya satu dua entri bagi memastikan siang hari , blog aku ‘berpenghuni’ ! Kalau tak update pon memang berpenghuni tapi aku tak puashati !

Lepas wife gi kerja , tugas aku bermula ! Sorang sorang aku kerjakan.. bermula Zahra ! Qhaliff , liat skit skang nak mandi pagi. Tapi bila dia teringat akan baldi merah dia , dia sendiri akan ajak aku naik mandi !

Sebelum tu kena pastikan Zahra lena diulit intan ! Pagi pagi , dia mudah tidur . Takde masalah pasal tu pon.. Heeee…

Cabaran aku sebenarnya bukanlah itu.. tapi Qhaliff ! Aku kesian kat dia sebenarnya .. Sangat kesian .. Aku kena buat sesuatu sebab dia sedang menyedut apa saja yang lalu di kepala dia !

5 ulasan:

  1. Otak qhaliff sedang berkembang masa ni la kena input yg elok2... Supaya full of good memories.... In sha Allah Qhaliff akan jadi anak soleh

    BalasPadam
  2. Anak kecil seperti Qhalif memang cepat absorb apa yg ada disekelilingnya. InsyaAllah dia akn jadi anak yang baik

    BalasPadam
  3. abang ben nak tanya nie. abg ben dgn isteri ada sapu miyak ke atau ada petua ke untuk lebatkan rambut anak-anak. sebab tengok rambut Qhaliff dengan Zahra cantik, lebat hitam berkilat.

    BalasPadam
  4. Selalunya anak perempuan lebih rapat kat daddy nya.

    BalasPadam
  5. pasang je zikir atau ayat-ayat quran yg catchy senang nk ikut.. nanti dia boleh ikut, parents jugak dapat pahala.. dan bila nk suruh mengaji xde la kekok sangat nanti.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.