Akhir Gegar Vaganza 3 : Dato Siti Nurhaliza pukul semua peserta !

 

Huhuuhu.. Ternyata.. ternyata Dato Siti Nurhaliza tiada tanding taranya hingga kini. Tiada artis di Malaysia mampu menandingi dia lagi.. Kena cari pelapis gini wooo..

Ok ok.. Nasib baik dia cuma penyanyi jemputan je kan ? Kalau tak.. hurm.. dari awal lagi dah tau sapa juara.. Hee.. Lari tajuk tul aku ni. Hehehe.. Berbalik ada final tadi , semua peserta gempak gempak belaka tetapi seperti yang aku ramalkan dari minggu ke dua lagi , #GegarVaganza3 : Bukan rezeki orang lama.. , Azharina memang punya potensi untuk bergelar juara jika para peserta tidak meningkatkan mutu nyanyian.

Tapi apa pun.. aku tetap sokong Ameng yang ternyata dia sekadar ingin menghiasi Gegar Vaganza 3 ini. Namun dia tetap beri yang terbaik ketika persembahan,. Dapat no 4 pon ok dah kan ? Rezeki dari Allah.. Jangan tolak gitu kan ?

image

Layan live kat handphone jer memandangkan kat ruang tamu dipenuhi dengan sanak saudara ditambah lagi dengan si Qhaliff lak buat karenah yang mengundang aku menjadi hulk , aku naik ke bilik untuk menonton secara privasi. Heee.. nak kasi update live mesti kena dengar kan ?

Siti Sarah.. Zarul.. Intan Sarafina.. bagi aku masing masing terbaik ! Cuma aku tak minat diorang je. Vocal dan persembahan . memang mantap ! Tak dinafikan tu .. kn kan ?

image

Apa pun , tahniah buat semua peserta Gegar Vaganza ! Terima kasih juga pada Dato Seri Vida kerana sudi jadi penganjur. Kalau boleh , jangan terlalu teruja dengan produk tu seperti awal awal rancangan.. “ Dengan Kuasa Pamoga… “ , ketika nak melancarkan produk baru dia tu.. Huhuh..

Dan kalau boleh.. tahun depan , tukar la Nabil dengan Mark Adam yang lebih lucu bagi aku dan nampak Mark lebih guna akal sebelum berbicara berbanding Nabil.. Main lepas cakap jer. Tak baik la.. Ni live kot.. kan kan ? Lawak lawak gak.. Mulut kena jaga..

Ok la.. jumpa lagi di Gegar Vaganza 4 ! InshaAllah.. Harap ada Awie , Amy Search dalam tu nanti ! Kot la DSV nak offer RM1juta sebagai juara kan ? Hahahaha.. Yer , aku tau.. diorang pon tak nak.. Dah legend woiii !

Oh ya.. tak yah panggil Amir Raja Lawak tu mencelah di kala orang dok sibuk tengok live.. suh je jadi wartawan ketika VT ke.. ok ?

9 ulasan:

  1. memang terpukau dgn persembahan Dato' Siti!

    BalasPadam
  2. saya tetap tk puas hati, kenapa gmie no6..ermmm...

    nabil ok je.... nanti kalau tukar pengacara lain, tk meriah majlis, nanti tuk ram bosan, tk de org nk 'kenakan' dia.....hahha...pendapat masing2, jgn marah en ben..;-))

    BalasPadam
  3. smlm byk tido dr tgk haha ....

    BalasPadam
  4. Tiada artis lagi yang dapat tandingi Siti nUrhaliza?? Jap.. bukan ke YUna lagi hebat ke dari Dato Siti? YUna dah jadi artis international. Siti tak. And yuna artis malaysia pertama yang ada muka kat billboard kat NY.

    BalasPadam
  5. Dato Siti mmg takdak sapa boleh lawan, terpaku tgk persembahan dia. Ermm bab lawak pengacara kena lebih berhati hati, ingatlah kanak kanak pun tonton juga. Ada lawak yg sangat tak sesuai utk kanak kanak dgr.

    BalasPadam
  6. Hahh Mark Adam lebih lawakkkk setuju sangatt

    BalasPadam
  7. Yup Dato Siti Nurhaliza best...

    BalasPadam
  8. Semalam lepas nabil melawak kononnya gaya dia sama mcm dato ram, nk check balik dgn mak dia kot2 la dlu maknye ada skandal dgn org tua tu, terus masuk bilik tidokan anak2... ada ke melawak mcm tu. Mak kot, kalau sy jd mak dia, sy akan rasa sedih sgt2 sbb anak sggup melawak mcm tu.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009