Anugerah Puskas milik Mohd Faiz Subri !

 

image

Masa aku tengok gol jaringan Faiz ni , aku ulang tayang berkali kali. Aku terus teringat akan bintang pujaan aku , Roberto Carlos yang melakukan buat pertama kalinya tendangan gitu. Waktu tu aku tak percaya akan bola tu boleh pergi melayang cam tu dan hanya dia je boleh buat tetapi nampaknya ,sejarah tercipta.. pemain negara kita juga mampu lakukan dan telah tercalon ke peringkat akhir anugerah Puskas.

Puskas ? Amenda Puskas ni ? Ada yang ingat makanan kucing ! Tapi bagi peminat peminat setiap bolasepak terutamanya yang sering ikuti sejarah Piala Dunia , pastinya kenal sapa Ferenc Puská ni..

Legend ! Pemain berasal dari Hungary yang juga bermain untuk kelab Real Madrid dan Sepangyol  , berjaya menjulang 3 kali kejuaraan Eropah untuk kelabnya pada era 50-an.

image

Berbalik pada Faiz dan anugerah Puskas , 2 lagi yang tercalon ke peringkat akhir yang mana jaringan Neymar dan Messi sendiri pon gagal layak ialah Marlone ( Brazil ) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela. Si Rodriguez ni satu satunya pemain wanita yang tercalon pada anugerah Puskas untuk kali ini.

Bagi aku , dua dua pencabar jaringan Faiz ni , memang gempak la tapi entah kenapa , jaringan Faiz ni lebih gempak ! Kalau tengok berkali kali macam bola tu ditiup angin walhal ketika tu menurut para penonton, takda angin pon ! Macam tak percaya je bola tu boleh masuk malah penjaga gol pon terkesima tengok bola tu leh melencong gitu haa.. !

image

Tonton video jaringan Mohd Faiz Subri dan jangan lupa undi terus ! Pastikan sejarah ini milik kita ! Sekali seumur hidup ni melainkan  semua pemain Liga M sibuk nak buat jaringan jaringan luar biasa selepas ni ! Hahahaha..

Oh ya… harap diberi penghargaan yang cukup setimpal buat Faiz kerana mengharumkan nama negara yer dikala nama negara kita tercalar di mata dunia ! Haishh.. Jangan tunggu dah takda baru nak kasi pelbagai gelaran dan ganjaran !

Meh tonton dan undi di SINI. Janga lupa share artikal ini untuk dapatkan lagi banyak undian buat Faz !

5 ulasan:

  1. memang lawa jaringan dia..
    tengok byk kali pun mcm tak percaya boleh gol!

    BalasPadam
  2. yup..terbaik la jringan faiz..

    BalasPadam
  3. Den memang tak familiar dgn bola sepak. Tapi klo cenggitu cara sepakannya, memang susah nak percaya boleh masuk gol :D

    BalasPadam
  4. kalaulah dia konsisten dengan jaringan macam tu, tentu Harimau Malaya tak bungkus awal lawan Myanmar.. ha ha ha

    BalasPadam
  5. Yup. Sekali seumur hidup bagi sejarah Malaysia.hahaha

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009