Bila Port Dickson jadi tumpuan..

by - Isnin, Disember 26, 2016

 

Asal cuti panjang , tak dinafikan pantai Port Dickson antara tempat tempat pilihan rakyat Malaysia , pelancong dari luar negara dan juga pendatang tanpa. Kan kan ? Jammed tu dah confirm dah punya !

Tapi aku tak nafikan pantai Port Diskcon memang cantik dan best untuk bermandi manda. Budak budak memang suka bermain pasir sebab bersih.

image

image

image

image

Selain dari lepak kat pantai , kaki kaki makan mencari restoran makanan laut dan tom yam yang sedap dan murah di sini. Memang ada dan memang sedap ! Aku rasa kat sini memang makanannya murah murah sebab terlalu banyak persaingan.

Cuma bagi aku kalau boleh tu… pengusaha pengusaha resort tu… sila pastikan la resort mereka senantiasa dikemaskini dan diperbaiki. Macam tempat aku inap tu.. bayaran leh tahan harganya tapi bila tengok siling dia , gulp… terbayang jue on dan ada almarinya cantik di luar tapi di dalamnya adehh…

Dan para pengunjung pantai pun.. sila la jaga kebersihan ! Haishhh… Takkan tu pun nak kena ajar kot ?

image

You May Also Like

2 comments

  1. Betul...pantai menjadi tumpuan musim cuti...cuma sekarang musim hujan..kena hati-hati...Pantai Teluk Senangin pun recommend abg Ben..di Perak...

    BalasPadam
  2. Best sebenarnya dapat menikmati keindahan pantai. rindu pulak nak main banana boat hihihi

    BalasPadam