Dugaan hari pertama kembali jadi Mr.Mama !

 

Secara jujurnya , nak jaga anak sambil cari rezeki pada masa yang sama bukanlah  tugas yang mudah. Seperti aku yang perlu update blog setiap hari bagi memastikan blog terus segar. Punca pendapatan aku dari blog. Nak tak nak , kena ‘kerja’  keras !

Anak sorang dulu, terasa sukar dah.. Masuk 2 orang , terasa lebih sukar .. Dan sekarang , 3 orang ! Hurmm.. Baru nak update blog , sorang datang mintak ini.. Dah bagi tidur yang kecik , yang kakak lak meraung tiba-tiba ! Adehhh.. Agak kucar kacik kehidupan aku di hari pertama. Mandi pon lewat ! 

image

image

Yang si kakak , kuat provoke. Saja buat bising supaya adik bangun. Rasuah ais krim , pandai lak suh kita diam ! Arghhh… Camana laa akak sorang ni..

Agak stress di hari pertama ni. Lambat tul nk pukul 6 ptg . Si abang , tak lama lagi akan bersekolah.. sapa nak tolong daddy pasni ? Huhuhu…

4 ulasan:

  1. Bertabahlah daddy, nanti bila bebudak dah besar mesti rindu saat diornag masih kecil lagi... Hahahahahaaa

    BalasPadam
  2. Moga dipermudahkan Urusan Aamiin.

    BalasPadam
  3. InshaAllah boleh...step by step abg ben..

    BalasPadam
  4. hehehehe..huru hara yer daddy...
    tu br 3..ce 4..cane ar ghupenye nanti yer..hehehehhee

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009