I Want Baby !

by - Ahad, Disember 04, 2016

 

Teringat 8 tahun dulu.. ketika awal awal kawin , wife dok asyik cerita pasal kawan kawan dia yang baru kawin dah mengandung dan ada yang dah beranak pon ! Tapi kitorang dah nak masuk 2 tahun takda tanda tanda nak punya baby !

Secara jujurnya.. aku sebagai suami memang stress dengan bila wife dokk cakap pasal orang lain ! Rezeki masing masing. Bukan kita je takda anak.. ramai lagi takda anak ! Segalanya bersebab ! Kan kan ? Allah Perancang Terbaik ! Jangan dok mengeluh tak tentu pasal. Usaha dan doa jangan putus.

Alhamdulillah.. sekarang dah ada 3 orang. Ada 3 orang ni pun macam ada 10 orang ! Aku tak tau la camana orang dulu dulu boleh handle anak yang ramai. Memang aku kasi tabik hormat la kat otai otai dulu..

image

Hurm.. Bila dah ada anak.. Lain pulak ceritanya ! Anak tak terurus. Bila laki bini gaduh , anak jadi mangsa ! Haihhh… Bila anak jadi mangsa , baru nak menyesal tepuk dahi ! Ada yang sampai naik tangan pada anak sebab nak lepaskan amarah. Hati hati , kawan ! Jangan begitu. Mereka tak bersalah ! Mereka tak tau apa apa.

Maka.. sila selak kembali niat dan matlamat kita. Anak ini amanat Allah. Jangan sampai Allah amik kembali. Masa tu baru tau… tiada apa yang lebih penting  selain dari anak !

You May Also Like

6 comments

  1. SS pun nak anak ramai tp lum ada rezeki

    BalasPadam
  2. Anak ni rezeki..kena sabar..ada rezeki awal..dan ada Allah tangguhkan dulu..amanah..jaga elok elok..dan pinjaman..ada pemilik hakikinya..

    BalasPadam
  3. dah selak dah matlamat tapi time buzy anak pulak merengek, tahap ksabaran memang diuji betul... terfikir juga nak ubah sikap tapi setiap kali nak ubah, setiap kali tu kata tunggu... n setiap kali tu jiwa anak remuk redam... isshhhhhh

    BalasPadam
  4. Dulu tak payah pakai pampers pun, nk g sekolah 50sen dah kenyang..gi sekolah jalan kaki, zaman semua naik..semua perlukn wang ringgit...tau lah payahnya jaga anak

    BalasPadam
  5. Bukan senang nak dapat anak. Dah dapat tu hargai dan utamakanlah anak anak, jangan abaikan. I menunggu 4 thn, 2 kali Dia ambil balik, kali ke 3 preggy Dia bg 3 terus. Itu je lah harta dunia akhirat yg ada. Syukur sgt sgt.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dah 3 rezeki Allah bagi ye. Memang betul, rezeki orang tak sama. Memang kena hargai anugerah Allah bagi tu. Sebab diluar sana ramai lagi yang masih ternanti-nanti anugerah terindah tu, termasuk saya.

    BalasPadam