Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 1 Disember 2016

Kek Baskin Robbins hadiah harijadi..

 

“ Abang nak apa ? “ .

“ Nak jam Suunto ! “

image

Kecik besar kecik besar je wife tengok aku ! Huhuhuh.. Dah tanya nak apa , kan ? Takkan nak jawab..

“ Abang nak kawin lagi , boleh tak ? “. Kan kan ? Cer aku jawab gitu.. Haaaa.. Mau aku kena benam di dasar lautan Altantik laa jawabnyaa.. hehehe.. Maka , aku pilih Suunto yang dah 2 tahun mejadi kegilaan aku ! Huhhu.. Sebelum ni , Pro Trek aku giler.. hee..

Aku tau… dalam keadaan ekonomi yang gawat gini tapi dinafikan oleh pihak tertentu , aku perlu .. er , kami perlu berjimat cermat dan membeli apa yang perlu je .. kan kan ?

Aku bagitau wife.. tak yah beli apa apa la.. Hee.. Tapi aku tau, camana pun dia akan membeli gak sesuatu memandangkan harijadi dia bakal menjelang awal tahun nanti ! Hahahaha.. Kalau dia tak kasi hadiah , maka dia pun tak dapat nanti.. Heheehe.. Akal geliga perempuan ni , aku leh baca dahhh !

Akhirnya.. dia belikan kek Baskin Robbins ! Dia tau aku takkan makan pun sebab aku dah jaga badan.. tapi anak anak suka.. dia beli jer.. Aku pun tak kisah.

image

image

Aku rasa sepotong. Sedap !! Aiskrim gitu.. Coklat dia pun memang pure la.. Tak tau la berapa harga sebiji kek ni. Tapi yang pasti , memang berbaloi la. Tak payah nak tulis tulis atas tu.. Kasi je anak anak tiup liilin tu dan aku potong je.. Zass ! Makan ! Nasib baik la aku jaga badan.. kalau tak , tak merasa la budak budak ni nak makan . Aku confirm makan sebijik tu terus ! Heee…

2 komen :

Radhia Razali berkata... [Reply to comment]

Happy belated birthday, Blogger Ben. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki(especially dari blogging) & diberikan kesihatan yang baik...Kita sama-sama November babies.

Lady Tash Roy berkata... [Reply to comment]

Baskin Robin sememangnya sedap dan harga pun perghhh..leh tahan kena yang kecik jer dah rm100 ke atas..wakakak pernah makan coz memang suka ice cream baskin robin..ahaha tu pun kalo lidah nie nak sangat makan..kalah wei pregnant woman jika nak sangat makan BR nie...tp tutup mata jer lah apabila membayar...wakakak

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI