Ni semua salah DORAEMON !

 

Sebelum ni Qhaliff suka pergi sekolah. Dia sering ikut mak aku atau adik ke sekolah untuk mengambil atau menghantar budak sekolah. Yer , diorang pengusaha bas sekolah.

Aku saja biarkan dia ikut supaya dapat alami sendiri suasana bersama pelajar sekolah. Alhamdulillah , dia suka sangat ikut. Pantang diajak jer.. terus melompat nak ikut.

Tapi segalanya berubah selepas dia menonton kartun Doraemon ! Aku dengar skrip dia pun aku dah syak mesti dia akan takut punya pasni nak ke sekolah !

Ada satu babak yang mana Nobita taknak gi sekolah dan menyorok dari mak dia kalau tak silap aku. Dia tak nak gi sekolah gara gara kerja rumah tak siap.

image

Dan selepas tu , bila sebut je sekolah , terus dia reject !

“ Qhaliff  tak nak gi sekolah “.

Dia rela buat apa saja yang selama ini dia takut , asalkan tak payah gi sekolah ! Hahahaha.. Aku senyum jer. Dia tak rasa lagi. Nanti dah rasa, aku rasa dia nak berkhemah terus kat sekolah dan tak nak balik rumah.

Kenapa aku cakap gitu ? Sebab dia ni peramah.. mudah mesra dengan orang dan nak sangat berkawan dengan rakan sebaya. Sebab tu aku tak risau pon.. Hee.. Er , aku harap andaian aku tu betul la.. Hahaha..

Kalau tak.. jenuh berdrama depan taska nanti ! Dan aku belum lagi daftar taska dia .. Aduhhh !

3 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009