Pekena mee celup dan roti canai kari gearbox di restoran Mak Da !

by - Khamis, Disember 08, 2016

 

Ini kali kedua aku makan kat sini. Mee celup dia , memang buat aku ketagihan ! Dua pinggan aku bantai malam tadi. Dan bila tengok kari dan gearbox dia .. adoiyaiiii ! Memang boleh gagal perut aku malam ni ! Aku kuatkan iman.. makan je mee celup dah !

image

image

Restoran ni terletak dekat dengan Wakaf Che Yeh. Tapi bukan area Wakaf Che Yeh.. agak jauh sedikit ! Ada la dalam 1 km gak. Dan aku rasa bukak belah malam je. Memang ramai je datang singgah makan sini dan berbaloi !

Aku nak try makan sup belut tapi aku dan belasah dua pinggan mee celup. Hehehe.. Aku kuatkan nafsu dan try order semangkuk sup belut..

Aku pun menegur seorang lelaki yang aku nampak dok mengemas meja..

“ Bea.. nak sup belut satu yer.. “.

Dan jawab budak tu… “ Maaf. Saya tak keje kat sini. “ .

Adehhh.. Salah orang aku rupanya ! Ni petanda suruh berenti makan dah ni ! Hahaha. Aku mintak maaf dan terus duduk. Auww.. malu uuu !

Kalau korang jumpa restoran ni.. sila makan roti canai dia ! Maggie dia pon sedap ! Heee…

You May Also Like

4 comments

  1. adoii..abg ben mcm mana blh tertukar pekerja kdai dgn pelanggan..:)

    BalasPadam
  2. Hahahahaha... salah orang.. pengalaman sy pulak disangka pekerja kedai..

    BalasPadam