Sukan permotoran yang bermanfaat untuk kita !

 

Bila hujung minggu , laluan lebuhraya pasti akan dipenuhi dengan motor motor pelbagai bentuk. Tahniah bagi konvoi yang berdisiplin dan terurus dan bagi yang ‘kelam kabut’ serta ikut tekak , rasanya kena gi kursus berkonvoi dulu gamaknya.. Merbahayakan pengguna jalan raya yang lain !

Dan selain berkonvoi , ada juga aktiviti aktiviti permotoran yang memberi kepuasan serta mendatangkan faedah pada peminatnya. Contohnya hari ni , aku dan rakan rakan blogger ke FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONCHIP 2016 yang diadakan di Shah Alam.

image

Bagi aku , ini adalah salah satu inisiatif buat mereka yang berbakat serta minat dalam bidang ini , menonjolan kebolehan mereka ! Dan ternyata ramai yang berminat dalam sukan ini  tanpa mengira usia dan bangsa , mengambil peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat acara permotoran yang bakal menjadi agenda tahunan.

Puashati dapat tengok mereka yang ‘berhati kering’ serta berskill , mempamerkan aksi aksi gempak mereka di depan mata !

image

image

image

image

image

image

Moga tahun depan , lebih banyak penganjur berminat untuk menaja pertandingan sebegini dan juga ada trek lumba motor mesra rakyat  ada di setiap bandar mahupun negeri.. Huuhuh.. Barulah mereka tak berlumpa di jalan raya , kan ?

11 ulasan:

  1. Jika ramai ahli perniagaan yang menaja, sudah tentu kita mampu mengasah dan menonjolkan bakat-bakat di dalam negara. Saya merasakan memamg kekangan utama sukan di negara kita adalah sponsorship. Tiada sponsorship maka tiadala pelan pembangunan sukan di dalam negara. Talent rakyat Malaysia banyak sbnrnya.

    BalasPadam
  2. I takut tgk org lumba motor, rasa kecut perut hehe

    BalasPadam
  3. Ini baru betul2 adventures...seronokkk lepaskan gian sukan yg kena dgn track baru puas hati

    BalasPadam
  4. Betul tu...kejohanan macam nie kena buat lebih kerap lagi

    BalasPadam
  5. yup bangga dengan diorang..harap dapat diwar warkan lagi supaya ia menjadi salah satu sukan utama di Malaysia..

    BalasPadam
  6. Good suggestion.. bestnya tgk live

    BalasPadam
  7. Setuju. Kalau ada banyak ruang dan peluang untuk masyarakat sertai, mungkin boleh tarik minat yang suka rempit kepada sukan permotoran yg selamat cenggini.

    BalasPadam
  8. Terbaikkk..sukan macam ni memang bagus untuk mereka yang minat dengan dunia kemotoran..

    BalasPadam
  9. saya selalu kecut perut tengok diorg lumba camni. risau

    BalasPadam
  10. Suka tengok race motor tapi ada event tak dapat nak join... cantik gambar2...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009