Sabtu, 3 Disember 2016

Tahniah buat Mohd Ezhan dan Nur Assyahiza !

 

Dah jadi suami isteri yang sah dah ! Tepat jam.. er berapa eh ? Aku rasa 10 lebih kot.. malam yer. Terlupa nak nak tengok jam masa tu sebab dok cari sudut best best untuk amik gambar tapi tak dapat sebab ramai nak jadi saksi malam yang gemilang tu.. Huhuhu..

Ezhan , adik ipar gue. Kira wife aku punya adik la.. dah bertunang hampir setahun dan bercinta tak sure berapa lama tapi pantas gak la.. tak simpan lama lama punya takut terlepas.. Hehehehe.. Diakad nikah oleh ayah mertuanya sendiri dengan dua kali lafaz. Lafaz pertama kira faul tu sebab masalah teknikal yang mana bagi aku ok je sebenarnya.. hahahaha.. tapi macam nak kasi pengantin lebih confident lagi jer.. Heeee.. Hantaran dan mas kawin tu , biarlah mereka cerita sendiri eh. Heee…

Alhamdulillah.. Sahhhh ! Tadaaa.. muka ada senyum pastu woooo !

image

image

image

image

image

image

image

Pastu , makan.. sedap wooo lauk pauk dia ! Memang lebur ar diet aku malam tadi.. Hahahaa.. Rasa cam nak balik jalan kaki je dari Pekan , Pahang tu ke Kok Lanas , Kelantan.

Untung Ezhan dapat bapak mertua yang cool. Memang jiwa muda dan sangat peramah orangnya. Zahra nanti camana la gamaknya. Aku lom tentu jadi gitu. Muka ada garang aku ni. Mesti kasi cuak sikit bakal menantu. Hahahaha..

Tahniah buat anda berdua yer. Moga berkekalan ke syurga dan dikurniakan anak anak yang beriman lagi cerdik…

2 komen :

mas saari berkata... [Reply to comment]

tahniah utk mereka!
sama cantik sama padan..

Dura Norell berkata... [Reply to comment]

Tahniah untuk pengantin. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI