Pengalaman pertama bersama Japan Airlines ke Jepun : Premium Economy Seat

Dalam entri aku yang lepas , bertajuk Pengalaman pertama bersama Japan Airlines ke Jepun :  Business Class Seat , aku ada ceritakan serba sedikit pengalaman manis aku duduk di ruang perniagaan yang buat pertama kalinya... dan ternyata manis sekali pengalaman tersebut..

Jom tengok pelan Boeing 787-9 Dreamliner ni. Betapa keselesaan menjadi keutamaan mereka dan memastikan ianya menjadi kenangan manis bagi semua penumpang penumpang tak kira la di mana sekali pun seat yang mereka pilih. 

JAL SKY PREMIUM. Layout 2-3-2 yang menjanjikan keselesaan. 

Dan untuk perjalanan pulang pula , kali ni aku di ruang premium ekonomi yang bagi aku sangat sesuai untuk mereka yang bersama teman atau keluarga untuk perjalanan yang jauh tapi inginkan keselesaan. 






Gambar asal dari web JAL.

Kalau diperhatikan, ruang di bahagian kaki ini lebih luas sedikit berbanding Airlines yang lain. Yang sedikit ni sebenarnya amat penting bagi mereka yang nakkan keselesaan. Antara kelebihan lain ialah:
  • rekabentuk bahagian belakang yang lebih relaks dan tidak menganggu penumpang di belakang walaupun ketika ke menurunkan seat ke belakang. 
  • pembahagi antara seat yang lebih luas bagi memastikan lebih privasi.
  • tempat letak botol atau cawan serta ruang meja yang lebih selesa
  • panel monitor 12.1".
  • universal pc power outlet dan USB port pada semua kerusi
Makanan Halal ? 
Tentu la ada ! Jangan risau ! Halal lagi sedap gitu ! Tak caya , leh cuba sendiri nanti. Hahahaha.. Kari dia , yummy wooo ! 


Tandas ? Jangan risau laa.. Bersih senantiasa ! Aku yang tak gemar gi tandas bila dalam kapal terbang , kali ni , aku tak kisah dah. Hahahaha.. Bersih dan terjaga ! Apa lagi yang kurang di dalam kapal ni ? Dengan kabin krew yang peramah dan senantiasa membantu.. pastinya korang tak 'sampai hati' nak turun dari kapal bila dah tiba ke destinasi ! Hahahaha.. Best gitu !! 

Aku sangat sangat berpuashati ! Bagi mereka yang nak terbang jauh , maka JAPAN AIRLINES adalah jawapannya ! Dan JAL sering adakan promosi ! Nak tau harga terkini , boleh lawati laman web mereka di : 





7 ulasan:

  1. Besnya. Hrp dpt peluang gak nt. Amin. Hehehe

    BalasPadam
  2. syoknyaaa tengok..moga ada rezeki..hehe

    BalasPadam
  3. Airlines dari Jepun kan, kalau toilet kotor tak tau lah nak kata apa..haha

    https://hanysapek.blogspot.my/

    BalasPadam
  4. Wahhh selesa sangat dan nampak luas.

    BalasPadam
  5. Terbang di angkasa lepas..syukur nikmat di awan biru

    BalasPadam
  6. Menarik! Yang penting selesa sbb duduk di awan biru kan.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009