Sekejap di Dash Box , Cyberjaya

Apa ????? Bekalan air tergendala ! Aduh... terlupa aku rupanya. Sememangnya makluman dah disebarkan melalui SMS . beberapa hari lepas yang mengatakan pada 28hb , akan berlaku sedikit gangguan akibat kerja kerja pembaikan paip air utama di kawasan rumah aku. Patutlah semalam nak mandi air macam segan segan je nak keluar ! Hurmmm.. 

Aku pandang wife. Nampak gayanya pagi ni kena gi tumpang adik aku yang sedang bercuti di Dash Box , Cyberjaya la jawabnya. Tapi kena keluar awal dari umah nun di Sepang sebab wife kerja. Pelan asalnya , kena duduk rumah. Ikutkan aku ada meeting di Shah Alam tapi terpaksa ditunda sebab mak aku gi bercuti dengan adik aku... di Dash Box ! Huhuh.. 

Er.. paham tak cita dia ni ? Ok.. aku terangkan sekali lagi.. Ah , baca je la kat atas tu semula sampai paham ! Hahaha.. Diteruskan cerita.. wife hantar aku ke Dash Box pastu dia terus gi kerja. Aku gi tumpang mandi di bilik adik aku.. pastu join mandi kolam.. sambil jaga anak anak ! Huhuh.. 

Ini pertama kali aku masuk Dash Box. Lama dah nak masuk tapi macam tak termasuk masuk. Asyik penuh jer. Hehehehe... Dan tempat pertama aku tuju ialah ruang makan diorang .. sarapan ! Yelah , adik aku dan mak ada kat situ.. sarapan pagi ! 

Aku order nasi lemak dan anak anak aku makan apa tah namanya.. ala , yang ada telur , sosej dan red beans tu la... Sedap ke ? Sedap la gak. Boleh la kena ngan tekak aku. Pastu bawak diorang gi tukar pakaian.. mandi kolam jap ! Suka la Qhaliff dan Zahra. Si kecik ni pon apa kurangnya. Cuma dia ni , air sejuk dia melompat keluar. Hahahaha.. 

Adik aku dapat booking kat sini melalui Booking.Com. Amik kabin jer. RM150. Tempat dia agak unik. Menggunakan kontena untuk dibuat bilik. Ada aircond. Bilik air. Boleh tahan la untuk percutian singkat. 

Kolam renang dia , 'berakal' bagi aku. Dari cetek hinggalah ke paras dada aku. Budak budak gi main jauh jauh ! 




Nampak hijau sebab tiles dia warna hijau. Hehehe.. Bukan lumut yer. Sejuk airnya. Hehehe.. Tapi budak budak suka. Puas mandi. Qhaliff sampai tak nak naik. Begitu gak Zahra. Aariz ? Dia tak sabar nak naik. 

Bilik lain , nampak luas dan lebih selesa. Harga pon rasanya leh tahan selesa gak la.. hehehe... Tak tau camana rupa yg bilik lain tu. Harapnya dapat la buat review penuh kat sini nanti.. Heee... Jam 12 tepat , check out ! Orang lain nak gak merasa.. hehehe.. Wife datang jemput dan hantar aku ke Cheras. Dan siapkan kerja kerja tertunggak aku manakala wife , kembali ke pejabat dia. Hurmm.. 

Oh ya... kalau datang tempat tempat gini dengan kawan kawan.. beramai ramai.. harap jaga kebersihan la yer. Berakal la skit yer. Jangan jadi cam monyet dapat bunga.. Er, monyet gak dipersalahkan... heee..

Ops... Happy Birthday Ben Ashaari !

7 ulasan:

  1. Oooo.. Br phm. Haha. Happy birthday BA!!

    BalasPadam
  2. sangat memberi keseronokan kepada anak2 ..happynya dia bermain air hijau..

    BalasPadam
  3. Nanti nak gi usha2 la , ke dapat review nk ikut la eh..

    HAPPY BIRTHDAY!

    BalasPadam
  4. macam best jer, seronok kalau dapat pergi sini ni. hari kerja pun penuh! owh, cuti sekolah

    BalasPadam
  5. Menarik jugak Dash Box ni, nanti nak bawak anak² stay 1 malam kat situlah.

    BalasPadam
  6. Kalau lah dapat review juga kan.hehe..
    HAPPY BIRTHDAY BEN

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009