Asam keping bagus untuk turunkan tekanan darah dan juga untuk mereka yang..


Aku ke rumah mak aku semalam. Kepala memang tengah pening sangat. Rasa berpusing pusing jer. Sehinggakan semalam , aku ingat hari Jumaat dah ! Nyaris nak berbaju melayu ke expo MHE 2019 , semalam. Kalau tak , memamng paluan kompang untuk aku ler jawabnya.. 

Di rumah mak, aku bagitau la aku sakit pala. Nak tidur jap sebelum ke event. Kemudian dia buatkan aku air rebusan asam keping atau asam gelugur. Tunggu suam , aku minum. Kemudian terasa mengantuk sangat. Beberapa kali aku minum , terasa semacam sedikit. Kemudian baru terasa segar untuk ke event.

Selepas selesai tugasan , terus balik. Sampai rumah... aku tidur sekejap. Dalam setengah jam gitu. Bangun je dari tidur , sakit kepala aku hilang sama sekali. Panas serta ulser dalam mulut terasa kecut. Wow ??? Kenapa aku terlupa nak minum air rebusan ni walaupun berkali dah mak aku ingatkan ??? Kalau tak , takda la aku derita dok sakit kepala berhari hari ! Haish.. 

Terus aku tapau air rebusan tu. Di rumah , sebelum tidur aku minum. Bangun pagi, terasa perut memulas.. Beberapa hari ni , aku cukup takut untuk bangun tidur. Tapi hari ni tidak lagi. Malah terasa mengantuk lagi ada la. Alhamdulillah... lega sangat rasanya. 

Sebelum makan , aku minum secawan air rebusan asam gelugur ni. Bila aku google , rupanya  banyak sangat khasiat asam gelugur ni ! Antaranya yang aku jumpa dalam Utusan Malaysia ialah air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi. Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.

Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

Di dalam artikal Bidadari.My , ada 18 kebaikan Asam Gelugur atau Asam Keping ni. Kebaikan tersebut ialah ;
  • Mengurangkan kolestrol
  • Mengurangkan berat badan 
  • Masalah penghadaman
  • Merawat masalah kecacingan
  • Tumor
  • Mengecutkan rahim
  • Merawat masalah pencernaan dan sakit perut
  • Mengurangkan gejala reumatisme
  • Mengurangkan tekanan darah tekanan darah tinggi
  • Merawat sakit telinga
  • Meredakan sakit gigi
  • Merawat kencing kotor
  • Menurunkan suhu badan ketika demam
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Mengurangkan stress
  • Melancarkan menstruasi
  • Mengimbangi kadar metabolisme
  • Meningkatkan kadar imunisasi.
SubhanAllah. Banyaknya khasiat. Patutlah kesakitan di bahagian leher aku takda dah ! 3 hari dah sakit kat leher. Orang kata sebab panas. Hanya dengan minum air rebusan asam keping ni ! Huihh...  Tak caya , cubalah ! 





17 ulasan:

  1. Boleh cuba ni. Eiza pun pening kepala on off di sebabkan cuaca panas kering. Air rebusan asam keping ni memang sesuai sangat buat minum. Thanks Ben for the sharing.

    BalasPadam
  2. Memang bagus asam keping ni Ben..Eirna pun pernah minum jgk sbb darah tinggi ni...Hehhehe..Mak yg suruh..Rupanya mmg betul mujarab air rebusan asam keping ni..

    BalasPadam
  3. Wah, menarik yer. Baru tahu jugak. Nak kena g cari asam gelugor kat paso la pas ni. Thanks for sharing

    BalasPadam
  4. nak trylah...mmg ada aymtom tu.. ni bp 159/98 huhuuuu

    BalasPadam
  5. Banyak kebaikan rupanya petua orang lama ni. Thanks share info

    BalasPadam
  6. rasanya camne ben, leh terima kat tekak tak ni hihihi

    BalasPadam
  7. Banyaknya khasiat.. baru tau ni.. thanks share aben

    BalasPadam
  8. saya tak sesuai minum sebab tekanan darah rendah. hehe

    BalasPadam
  9. Sangat berguna..terima kasih infor ini ya

    BalasPadam
  10. Pernah amalkan.. Memang best.. Badan rasa ringan je.. Pembuangan pun elok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rebus ats dapur atau rendam dlm air pns jew

      Padam
  11. Banyak nya khasiatnya. Baru tahu....

    BalasPadam
  12. Boleh jadikan amalan lepas ni. Say bye2 to panadol

    BalasPadam
  13. Wah! Baru tau pulak pasal asam gelugor ni. Lepas baca post ni baru tau juga nama lain untuknya adalah asam keping.

    BalasPadam
  14. Sekali buat brp keping yer

    BalasPadam
  15. wahh,terima kasih ben. Boleh lah mak amalkan tips ni. Mak kolesterol 8 baru-baru ni cek di klinik

    BalasPadam
  16. Baguih air rebusan asam keping ni, sy bila rasa kepala pening², sy minum air ni, alhamdulillah..sakit kepala sy dh kurang..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.