Bila pintu rumah diketuk... - BEN ASHAARI

Bila pintu rumah diketuk...

" Tok ..tok...tok..." . Halus bunyi ketukan pintu. Disusuli dengan berian salam. Aku memandang ke arah pintu.

Teringat berita yang baru dibaca


" Syyyy..". Jari telunjuk di bibir aku. Qhaliff dan Zahra memandang aku. Senyap. Wife , terpinga-pinga.

Aku jenguk melalui tingkap. Tiada orang di depan muka pintu.

Hurm... Aku berdiri depan muka pintu dan tunggu bunyi ketukan lagi. Kali ni aku akan membukanya. Takut ? Hurm.. Tak ! Nekad nak suruh masuk ke dalam. Jangan main ketuk ketuk dah. Qhaliff dan Zahra dah masuk ke dalam bilik bersama ibunya.

Dan pintu diketuk sekali lagi. Halus. Aku pantas buka. Dia memandang aku. Kemudian berpaling dan pergi. Sasarannya , basikal beroda tiga. Dia duduk dan memandang aku. Tersenyum. Aku buka pintu grill dan melangkah keluar.

Aku berdiri di depan.

" Masuk dalam rumah. ". Arah aku.

" Nanakkk... ". Dia jawab.

Haish... terus aku dukung dan bawa Aariz ke dalam rumah. Dah nak senja. Esok je sambung main basikal tu.

11 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.