Blog tergendala dek kerana..

by - Ahad, Januari 13, 2019

Nak tengok skrin laptop pun tak boleh ! Dan cantik sungguh perancangan Allah. Awalnya Aariz disyaki dijangkiti sejenis virus. Dia dapat dari rumah sepupu dia. Dan bila dibawa ke doktor , wife dapat cuti selama seminggu untuk jaga dia. Tiba-tiba, aku jugak demam ! Aariz tak demam langsung pun. Aku punya demam macam demam kura kura. Dia punya tahap rasa sejuk tu , macam kura kura berusia 500 tahun bergerak. Bergetar segala kaki haaaa.. 

Badan jadi lemah abis. Bila nak bergerak pun, dada terasa sakit sangat. Terpaksa jalan berjengkit. Baru lega skit. Bila makan ubat , ok la demam. Selepas 6 jam , demam balik. Bila batuk ,fuhhh..sakitnya di dada dan kepala. Sampai rasa takut nak batuk ! 

Nasib wife ada. Dia la yang gi hantar Qhaliff dan Zahra. Kebetulan Zahra pulak selsema... dapat la cuti gak. Maka antar Qhaliff jer. Untunglah sekolah Qhaliff dekat sangat dengan rumah. Sesungguhnya aku urut dada mengenangkan apa yang dah berlaku pada perancangan sebelum ni.

Dan sangatlah cantik perancangan Allah, Qhaliff sebelum ni mintak sekolah di Putrajaya.. tak dapat ! Buat rayuan , tak dapat. Setelah dapat tau tak dapat , kecewalah juga. Dan mengelabah mencari sekolah berhampiran. Risau jauh  pulak nanti. Jauh dari rumah, jauh dari mak dia. 

Selepas tu, wife dapat berita dia akan dipindahkan disebabkan Jabatan dia digabungkan di bawah satu bahagian yang baru ditubuhkan. Post dia tiada kekosongan. Dia amatlah suka ! Hahaha.. Dan dapatlah kementerian baru. Menariknya, kementerian baru dia tu jauh sangat dari sekolah yang dipinta sebelum ni. Dengan dengan Zahra dan mudah untuk balik ke rumah ! Alhamdulillah ! Cantik sungguh.

Sabtu , aku masih demam. Aku ada sehari untuk sembuh. Jika tak sembuh , terpaksa cari plan B ! Aku tak pergi ke klinik. Risau kena tahan pulak. Sapa nak jaga budak budak nanti ? Sian kat wife sorang diri. Berkejar sana sini dia lak. 

Keluar amik angin.

Ahad.. demam dah kebah. Alhamdulillah walaupun tak 100%. Masih terpaksa bergantung pada ubat.  Tak pe la ... Janji boleh bergerak gi antar amik anak. Sebab wife banyak kerja nak diselesaikan di pejabat. 

Aku pulak.. tak bergerak langsung blog. Huhuh. Sememangnya Allah nak kasi aku rehat jap. Banyak sangat kerja sebelum ni... 


You May Also Like

3 comments